Tag Archives: bukit panau

BUKIT PANAU : SATU CERETRA


Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan

PERMULAAN

Bukit Panau adalah salah satu tempat tarikan bagi pengunjung yang inginkan panorama pemadangan indah dari puncaknya (720 meter aras laut). Bukit panau terletak 20 km daripada Bandar Tanah Merah. Kedudukannya yang berada di tengah-tengan jalan yang menghubungkan Jajahan Tanah Merah dengan Jajahan Pasir Mas memberikan kemudahan bagi mereka yang ingin mengunjunginya.

SEJARAH BUKIT PANAU

Sumber mengatakan bahawa Mount Ophir  yang disebut dalam Kitab Yahudi merujuk kepada Bukit Panau setelah kajian dan penyelidikan dilakukan dan bukan Gunung Ledang. Mount Ophir disebut-sebut kerana ianya menjadi tempat yang pernah dilawati oleh Nabi Sulaiman alaihisalam.

Begitu banyak sekali artikel diblog dan forum yang mengatakan perihal Sayyid Hussien Jamadil Qubra dan Laksamana Hang Tuah di Bukit Panau ini. Perkara ini diulas berdasarkan buku Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah s.a.w dan Keturunan Kesultanan Melayu.

Sayyid Hussein Jamadil Qubra adalah ketua Wali 7 yang bermudik dengan kapal dari Mekah bersama adiknya Syeikh Thana’uddin lalu singgah sebelah Bukit Panau sekitar tahun 1349 Masihi selepas membina Masjid Kg. Laut iaitu masjid tertua di Malaysia yang struktur binaannya adalah tanpa paku.

Masjid Kampung Laut di Nilam Puri

Masjid Kg. Laut pada asalnya terletak di Kampung Laut berhampiran Sungai Kelantan tetapi dipindahkan ke Nilam Puri bertentangan dengan UM Cawangan Kampus Islam atas sebab tapaknya semakin terhakis dan ditenggelami air yang sekarang ni dah menjadi sungai.

Salah seorang anak Sayyid Hussein Jamadil Qubra dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja kepada Sultan Brunei sekarang.

LAKSAMANA HANG TUAH

Syeikh Thana’uddin adik kepada Sayyid Hussien Jamadil Qubra telah menetap di Bukit Panau sebagai tempat pertapaan. Disinilah Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya datang berguru dengan Adi Putera iaitu nama gelaran kepada Syeikh Thana’uddin. Jarak Kota Melaka dengan Bukit Panau adalah sejauh 7 hari 7 malam pada tahun 1400 Masihi.

Pemandangan dari atas Bukit Panau

Begitulah serba sedikit yang kami dedahkan memandang sudah banyak artikel berkisar hal ini telah diterbitkan.

Rumusan yang boleh dibuat adalah, British atau Inggeris sengaja memadamkan sejarah ini untuk diketahui oleh generasi seterusnya bagi mengelakkan kebangkitan semangat perjuangan dikalangan orang Melayu.

Bagaimanapun, kami di KPSK akan mengulas dengan lebih lanjut dengan gaya dan pemikiran kami yang tersendiri setelah memperoleh sumber yang mencukupi demi mendedahkan sejarah yang sebenar yang telah dipadamkan.

Sumber Rujukan :

  1. Blog Amirez
  2. Majlis Daerah Tanah Merah