Seputar@Tanah Merah
SEJARAH
KUNO
Berdasarkan Sejarah Melayu, Tanah Merah merupakan Ibu Kota bagi Kerajaan Melayu lama iaitu Chi Tu, mengikut rekod Kerajaan China Dinasti Sui.
Pada kurun ke-7, wujud satu penempatan dan pemerintahan berpusat Kerajaan Melayu lama iaitu Kerajaan Chi Tu (Bumi Merah) di satu kawasan yang mana pada hari dikenali sebagai Kelantan.
Bandar Tanah Merah mula berkemabnga apabila perahu-perahu yang lalu di sepanjang Sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah yang terletak di tebing Sungai Kelantan.
Lama kelamaan tumpuan orang ramai mula beralih ke satu kawasan yang berada 3 kilometer ke utara yang sekarang ini merupakan bandar tanah Merah. Bandar ini menjadi lebih majiu dengan wujudnya laluan keretapi dan seterusnya setesen keratapi.
– Hal ini ada dicatatkan dalam buku The Peoples and Politics of The Far East (1895) tulisan Henry Norman.
MODEN
Pada awalnya, bandar Tanah Merah dan Jajahan Tanah Merah adalah sebahagian daripada Jajahan Pasir Mas.
Pada 2 Februari 1955, Jajahan Tanah Merah telah diwujudkan dengan Bandar Tanah Merah menjadi pusat pentadbiran. Bagi melincinkan pentadbiran Bandar Tanah Merah dan pekan-pekan di jajahan Tanah Merah, beberapa Penguatkuasa Tempatan diwujudkan di bawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan 1952
DEMOGRAFI
Populasi penduduk Tanah Merah pada 2005 adalah seramai 108,288 dengan Melayu majoriti penduduknya.
Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh.
Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara.
Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat.
Jajahan Tanah Merah Merangkumi Tiga Daerah Penggawa, iaitu:
- Daerah Bukit Panau
- Daerah Ulu Kusial
- Daerah Jedok
Manakala Daerah Penggawa Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah Pada Tahun 1982 apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaikkan taraf sebagai Jajahan penuh pada tahun 1986.
Jumlah mukim di Tanah Merah ialah 43.
Berikut adalah bandar utama di Tanah Merah
- Bandar Tanah Merah (Pusat)
- Bandar Bukit Bunga
- Bandar Gual Ipoh
- Bandar Kemahang
- Bandar Manal