MAIN PUTERI : SATU KEHIDUPAN ANTARA BUDAYA DAN AGAMA
KLIP VIDEO ini dikongsi melalaui laman video Bebas, Youtube dan hak milik oleh Pusaka and Radical Films
PERINGATAN!!!
Kami berharap anda jangan anggap perlakuan dalam klip ini sebagai mainan atau gurauan. Ianya ada perkaitan dengan dunia mistik. Jelas ada amalan bertentangan dengan Islam. Mohon komentar yang bernas dan waras daripada anda. Kami paparkan klip ini sebagai satu ritual yang pernah diamalkan hingga kini di Kelantan.
Namun, sudah ramai orang Kelantan mempunyai kesedaran bahawa Islam melarang perbuatan Khurafat. Amalan Ibadah boleh menghalang gangguan makhluk halus. Semua datang dari Allah s.w.t. Tawakal dan berserah pada Allah adalah yang sebaiknya.
Seputar@Tumpat
RINGKASAN
Jajahan Tumpat telah dibina pada 1 Januari, 1949 di Kawasan Padang Mahkota iaitu di hadapan kediaman rasmi Ketua Jajahan dan apabila beroperasi telah diterajui oleh Allahyarham Dato’ Nik Hussein bin Nik Zainal (Dato’ Kaya Setia) selaku Ketua Jajahan yang pertama. Kepesatan pembangunan yang dialami di Jajahan Tumpat pada waktu itu serentak dengan perkembangan Pelabuhan dan Stesen Keretapi yang merupakan nadi perhubungan dan pengangkutan di Pantai Timur. Jajahan Tumpat adalah satu-satunya Jajahan yang paling kecil antara Jajahan di Negeri Kelantan dengan keluasannya hanya 169.5 km2. Bagaimana pun Tumpat merupakan Jajahan yang paling unik sekali kerana mempunyai dataran dan beratus-ratus buah pulau Sungai (River Island) yang tidak berbukit yang amat sesuai serta berpotensi untuk dijadikan kawasan Pelancongan Antarabangsa. Jajahan Tumpat ditadbirkan melalui Tujuh Daerah Penggawa dan dibahagikan kepada 30 Mukim. Di setiap Mukim ini pula terdapat beberapa buah kampung yang kesemuanya berjumlah 57 buah dan setiap kampung diketuai oleh seorang penghulu (Ketua Kampung) yang bertindak sebagai penghubung antara rakyat dan Pentadbiran Jajahan.
Tempat Menarik untuk Dilawati
- Pantai Sri Tujoh
- Istana Bukit Tanah
- Masjid Kampung Laut
- Makam Tok Janggut
- Suluk Tok Selehor
- Rumah Api Isyarat
- Jambatan Bijih Jubakar Pantai
Rekreasi di Tumpat
Membeli Belah di Tumpat
Majoriti rakyat Malaysia mengenali Tumpat sebagai tempat dimana patung Budha terbesar di Malaysia malahan terbesar di Asia Tenggara. Selain itu, Tumpat juga sering dikaitkan dengan Pengkalan Kubor yang menjadi lokasi beli belah barangan murah.
Kali ini, kami memilih untuk menonjolkan tempat ini sebagai satu tempat yang menarik di Tumpat.
SELEKSI TEMPAT MENARIK DI TUMPAT
Sumber:
Seputar@Bachok
Seputar@Bachok
Sejarah nama Bachok
Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.
Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.[perlu rujukan]
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.
Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.
Kedudukan Bachok – Bandar Pelancongan Islam dalam Negeri Kelantan
Kedudukan Bachok – Bandar Pelancongan Islam berhadapan dengan Laut Cina Selatan. Oleh kerana ianya terletak di kawasan pinggir pantai maka boleh dikatakan sebahagian besar kawasannya mempunyai permukaan bumi yang rendah dan rata dengan komposisi tanah jenis beris dan tanah liat.
Kawasan tanah rendah yang ditenggelami air terletak di daerah-daerah Repek dan Gunong. Tanah di kawasan ini dari jenis tanah masam kelat. Sungai Kemasin merupakan sungai utama dan cawangannya merintangi seluruh kawasan Majlis. Kawasan tanah tinggi adalah tanah bukit iaitu di Bukit Gunong.
Penduduk
Mengikut perangkaan tahun 2007, jumlah penduduk bagi kawasan Majlis Daerah Bachok – Bandar Pelancongan Islam ialah seramai 131, 753 orang.
Mukim dalam Jajahan Bachok
Tempat Menarik di Bachok
- Photiya wat
- Tokong Samnak Song Viriyak Sangworn
- Pantai Pengkalan Petah
- Pusat Sumber Kandis
- Pantai Kemayang
- Pantai Irama
Rujukan:
- Majlis Daerah Bachok
- Ensiklopedia Bebas Wikipedia
KENAPA KELANTAN SOKONG BRITISH PADA 1926!!
Tokoh KPSK : Syeikh Ahmad al-Fatani | Ulama Besar Alam Melayu
BIOGRAFI :
Nama Tubuh : Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad bin Muhammad Zainal Abidin
Tarikh Lahir : 5 Syaaban 1272H bersamaan 10 April 1856M
Tempat Lahir : Kampung Sena Janjar, Kampung Jambu, Negeri Jerim kini di Selatan Thailand atau lebih tepat di Negeri Patani Darussalam suatu masa dahulu.
Umur ketika pulang ke Rahmatullah : 52 tahun
Tarikh : 11hb. Zulhijjah 1325H bersamaan 14 Januari 1908
Tempat : Mina dan disemadikan di perkuburan Ma’la
——————————————————————————————————————————————————-
Susur Galur Keturunan :
Datuk beliau iaitu, Syaikh Mustafa Bin Muhammad adalah seorang panglima Istana Raja Patani, yang telah mengundur diri selepas tentera Raja Patani kalah perang dengan tentera Siam, lalu membuka pondok pengajian di Kampong Sena Janjar, daerah Jambu.
Dikatakan beliau mendapat ‘pembukaan’ dari Allah dengan diperlihatkan air telaganya melimpah keluar pada suatu malam akhir Ramadan, yang beliau fahami sebagai petanda malam Lailatu al-Qadr. Beliau telah berdoa pada sisi telaga itu agar zuriat beliau menjadi ulama. Telaga itu masih ada sehingga sekarang dan berada tidak berapa jauh dari kubur beliau. Empat anak lelakinya telah menjadi ulama terbilang, Syaikh Abdul Latif telah bergiat di Bangkok, Syaikh Daud dan Syaikh Muhammad Zain, ayahnya Syaikh Ahmad bergiat di Makkah dan Syaikh Abdul Qadir, yang dikenali sebagai Tok Bendang Daya di Patani.
Syaikh Muhammad Zain telah membawa keluarganya berpindah ke Kota Makkah ketika Syeikh Ahmad berusia 4 tahun. Pada waktu itu, beliau telah menunjukkan keperibadian yang berbeza dengan kanak-kanak seusianya apabila beliau menghafal pelbagai matan seawal usia dua tahun.
——————————————————————————————————————————————————-
PENDIDIKAN
Kota Makkah telah menjadi medan beliau untuk menuntut ilmu dengan gigih. Setelah itu beliau telah melanjutkan pelajaran di Baitul Maqqdis selama dua tahun sehingga menjadi orang Melayu pertama yang mendapat pendidikan khusus dalam bindang perubatan daripada Syeikh Abdul al-Rahim al-Kabuli disamping ilmu-ilmu lain terutamanya dalam bidang yang berkaitan syariat. Sebuah kitab perubatan telah dihasilkan oleh beliau semasa menuntut dengan Syeikh Abdul al-Rahim al-Kabuli yang bertajuk Tayyib al-Insan fi Tibb al-Insandalam Bahasa Melayu.
Kedahagaan beliau kepada ilmu telah membawa beliau ke Universiti Al-Azhar yang beliau namakan sebagai Masjid Jami al-Azhar, waktu itu beliau berusia belasan tahun. Beliau telah menempa sejarah sebagai Orang Pertama dari Asia Tenggara yang menuntut ilmu di Mesir sehingga terkenal di kalangan orang Melayu pada waktu itu.Ketika itu juga, beliau telah melibatkan diri dalam penerbitan kitab-kitab Melayu.
Antara guru beliau adalah (guru-guru berbangsa Melayu yang bermaustautin di Kota Makkah) :
- Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah (berbangsa Arab)
- Syeikh Mustafa Al-Afifi (berbangsa Arab)
- Sayyid Umar al-Shami al-Baqa’i (berbangsa Arab)
- Sayyid Muhammad Ali bin Sayyid Zahir al-Watri (berbangsa Arab)
- Syeikh Abd Qadir al-Shibli al-Tarablusi (berbangsa Arab)
- Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fatani @ Syeikh Nik Mat Kecik al-Fatani (berbangsa Melayu -Patani)
- Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fatani (berbangsa Melayu – Patani)
- Syeikh Muhammad Said bin Isa al-Kalatani (berbangsa Melayu – Kelantan)
- Syeikh Abdul Mutallib Kuta (berbangsa Melayu – Kelantan)
- Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani (berbangsa Melayu – Kelantan)
——————————————————————————————————————————————————-
KEGIATAN BELIAU
Setelah itu, beliau telah kembali ke Kota Makkah sebagai seorang ilmuan yang disegani dan penyair yang terbilang dengan gelaran Syeikh Ahmad al-Zaki Mesir. Ramai anak muda terutama dari Nusantara telah menjadi muridnya walaupun ketika itu di Kota Mekah telah ada Ulama dari alam Melayu yang bergiat di bumi Makkah.
Disenaraikan antara murid-muridnya :
Dari Patani murid-muridnya tidak kurang dari 23 orang :
- Syeikh Abdullah bin Qasim Senggora
- Syeikh Muhammad bin Idris al-Fatani
- Muhammad bin Hussein bin Abdul Latif al-Fatani
Dari Malaysia tidak kurang hebatnya, iaitu melebihi 38 orang dan terdiri daripada kalangan Sultan, iaitu:
- Sultan Mansor yang merupakan sultan Kelantan
- Sultan Zainal Abidin iaitu sultan negeri Terengganu
- Syeikh Abdul Samad bin Muhammad Saleh (Tuan Tabal)
- Syeikh Wan Sulaiman bin Sidiq, Mufti Kedah
- Tuan Guru Haji Omar bin Ismail, Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan
- Tuan Haji Awang Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kenali (Tok Kenali)
- Tuan Haji Hassan bin Panglima Munas (Tok Janggut)
Anak-anak murid beliau juga terdiri daripada anak-anak kelahiran Kemboja / Champa iaitu:
- Hj. Muhammad Saleh
- Tengku Sulaiman
- Tuan Guru Haji Muhammad Tahir Kemboja
Beliau juga turut mempunyai lebih dari 23 orang murid dari Indonesia antaranya:
- Syeikh Sulaiman al-Rasuli
- Syekh Muhammad Jamil Jaho
- Syekh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Minangkabawi.
——————————————————————————————————————————————————-
SEMANGAT NASIONALIS
Sebagai seorang ilmuan yang disegani dan penyair yang terbilang. Kedudukan Syaikh Ahmad agak istimewa, selain daripada menguasai ilmu-ilmu tradisional agama dengan menguasai pelbagai bidang ilmu meliputi ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab, usul, tafsir, hadis, fikah dan lain-lain.
Beliau juga memiliki kesungguhan untuk memahami perkembangan kemajuan dunia yang sedang pesat berlaku dan beliau berusaha untuk memanafaatkan kemajuan itu untuk meninggikan agama Islam dan memartabatkan bangsanya.
Beliau juga telah mengadap Sultan Abdul Abdul Hamid II (Sultan Uthmaniyah Turki) untuk membenarkan percetakan kitab-kitab Melayu di Makkah. Beliau juga telah membawa beberapa orang muridnya antaranya Tok Kenali bagi mengunjungi Syam untuk bertemu Syaikh Muhammad Yusuf an-Nabhani, kemudian mengunjungi Mesir dan bertemu dengan Syaikh Muhammad Abduh. Beliau juga menghantar muridnya ke beberapa daerah untuk tujuan dakwah, terutamanya beberapa muridnya telah pergi ke Kemboja Beliau mengambil berat tentang nasib yang menimpa anak bangsanya [istilah Syaikh Ahmad ialah anak jenisnya].
Zaman Syaikh Ahmad bergiat berkebetulan dengan zaman kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di Istanbul, banyak daripada kawasan pemerentahan Uthmaniyyah telah jatuh ke tangan negara-negara barat. Syaikh sangat mengkagumi sejarah kebesaran kerajaan Uthmaniyyah di zaman lampau dan mengharapkan pemerentahan Uthmaniyyah akan berterusan demi kepentingan ummah. Di waktu yang sama beliau sangat insaf tentang kelemahan dan kemunduran ummah serta kekuatan pihak lain hasil kemajuan yang sedang berlaku di Eropah dan Amerika ketika itu.
——————————————————————————————————————————————————-
HASIL KARYA
Syeikh Ahmad al-Fatani rahimahulLah telah mengarang lebih daripada 160 buah kitab sama ada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu termasuk kitab-kitab yang ditashih. Dalam bahasa Arab sahaja kitab-kitab karangan beliau melebihi 32 buah, antaranya ialah:
- Jumanat al-Tawhid (1293H/1876),
- Tashil Nayl al-Amani (1300H/1883)
- cIlm al-Sarf (1317H/1900).
Manakala kitab-kitab yang dikarang dalam bahasa Melayu pula tidak kurang daripada 22 buah, antaranya :
- Hadiqat al-Azhar (1307H/1890),
- Bahjat al-Mubtadin (1310H/1892)
- Faridat al-Fara’id (1313H/1895).
Dalam bidang pentashihan pula yang tinta emas sejarah mencatatkan bahawa beliau sebagai pelopornya telah mentashih lebih daripada 36 buah kitab yang kebanyakannya dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Arab. Syeikh Ahmad al-Fatani telah mentashih lebih daripada 25 buah kitab berbahasa Melayu yang antara lainnya:
- Tafsir Baydawi karangan Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri,
- Furu’ al-Masa’il karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani
- Tuhfat al-Raghibin tulisan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari.
Antara karya-karya bahasa Arab yang ditashih beliau ialah:
- I’anat al-Talibin oleh Sayyid Abu Bakar Shata,
- al-Ajrumiyyah karangan Imam Shanhaji dan
- al-Kharidat al-Bahiyyah tulisan Syeikh Abdullah bin Usman Makki.
——————————————————————————————————————————————————
KEMBALI KE RAHMATULLAH
Tokoh agung Nusantara yang telah menabur bakti mengajar selama 25 tahun di Masjdil Haram, ini akhirnya menemui Ilahi di Mina ketika sedang mengerjakan haji sunat pada malam 11hb. Zulhijjah 1325H bersamaan 14 Januari 1908 dan disemadikan di Mekah di perkuburan Ma’la di bawah kaki Umm al-Mukminin Siti Khadijah radiaLlahu’anha. Semoga Allah (s.w.t) mencucuri rahmat ke atas beliau dan seluruh umat Islam…Amin.
Rujukan :
1) PEMIKIRAN USUL FIKAH SYEIKH AHMAD AL-FATANI DALAM KITAB AL-FATAWA AL-FATANIYYAH