Tag Archives: japan

Pantai Sabak terakam dalam Sejarah World War 2


Peperangan Dunia Ke Dua (WWII) adalah satu peperangan yang melibatkan semenanjung Tanah Melayu dan nama Pantai Sabak adalah satu lokasi yang signifikan dalam sejarah Perang Dunia ke dua di Semenanjung Malaysia ketika Jepun menyerang semenanjung ini.

Pantai Sabak mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air. Pantai ini ini terletak di Kota Bharu, Kelantan dan kedudukannya amat strategik.

Oleh sebab itu, British telah membina satu pertahanan yang kuat di Pantai Sabak sebagai pengkalan utama bagi menghalang kemaraan musuh dari laut. Pertahanan ini dibina di sepanjang pantai dari Sabak hinggalah jauh ke Bachok. Namun kesan kubu di Pantai Sabak sudah dapat dilihat lagi kerana telah tenggelam dihakis laut yang saban tahun membaham pantai Kelantan.

Phill Box atau Kubu Pertahanan British di Pantai Melawi, Bachok

Angkatan tentera Jepun telah memilih Pantai Sabak sebagai lokasi serangan utama kerana ianya terletak di Utara Tanah Melayu sekaligus berdekatan dengan Siam dan Vietnam kerana tentera Jepun bergerak sehala dengan Pantai Sabak ini.

Sebenarnya, British membina kubu yang kuat di Pantai Sabak adalah untuk melindungi lapangan terbang Pengkalan Chepa yang berhampiran dengannya daripada ditawan musuh dan ini adalah satu penempatan logistik yang amat penting pada Kerajaan British.

8 Disember 1941, Jepun menyerang Tanah Melayu dan pantai ini telah menjadi medan perang pertama. Tentera British yang berkubu di pantai ini telah memberikan tentangan yang sengit menghalang kemaraan Jepun dari mendarat. Walau bagaimanapun, pihak Jepun akhirnya dapat meranapkan kubu pertahanan ini dan seterusnya menguasai Pengkalan Chepa dan seluruh Kota Bharu jatuh ke tangan Jepun pada 9 Disember 1941.

Kubu di Bachok

Pandangan dalam Philllbox@Kubu British di Tepi Pantai

Jepun adalah satu bangsa yang hebat…dalam serangan ini, mereka telah dapat menawan Kelantan dalam masa satu hari sahaja dan ini membuktikan kekuatan dan semangat tentera Jepun yang tinggi. Semasa mereka mendarat di Pantai Sabak, pihak Jepun juga telah membakar kapal-kapalnya untuk menaikkan semangat tentera yang lain dengan mesej, mereka tidak boleh berpatah balik, jika ingin kehidupan lebaih baik mereka harus mara!

Oleh sebab itulah, Kubu Pantai Sabak ini dapat dikalahkan oleh Jepun mesikpun ia kubu yang dianggap Kebal, satu sumber menyebut, jika British bertahan lebih lama sedikit tentu askarnya akan kalah dalam serangan itu. Di Pihak British pula, mereka tewas bukan kerana kematian tetapi mereka kehabisan peluru rifel dan meriam.

Kesan Tembakan di Pokok Kelapa di Pantai Padang Pak Amat

Pillbox di Lalang Luas, Machang : Ianya dibina di Kawasan Lapangan Terbang tentera British di Machang.

Asakan hebat daripada tentera Jepun telah menyebabkan Inggeris berundur membiarkan Kubu Pantai Sabak dan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa ditawan Jepun.

Mengenang sejarah pertempuran yang hebat ini, pihak Muzium Kelantan telah membina satu tugu di Pengkalan Chepa yang tidak jauh dari kubu Pantai Sabak tersebut. Kawasan ini dinamakan Taman Kediaman dan ini adalah sebagai usaha pihak Muzium Negeri memelihara kesan-kesan sejarah yang berkaitan dengan pendaratan Jepun di Pantai Sabak pada tahun 1941.

Tugu Peringatan Perang Dunia KeDua di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa (dipercayai telah dibaham laut)

Kubu Pantai Sabak, bagaikan satu “ketukan” untuk membuka pintu semangat orang-orang Melayu untuk bangkit mempertahankan hak mereka untuk diwarisi generasi mereka selepas ini.

 

Sumber:

  • Arkib Negara Malaysia
  • Raykinzoku
  • Buku The Greatest Book of World War II

JATUH BANGUN KELANTAN : MERDEKA DAN DITAKLUK


PENDAHULUAN

Suatu ketika dahulu Kelantan adalah sebuah negeri yang kuat yang mempunyai hubungan perdagangan dengan kerajaan kuno China, Champa dan India tetapi menjadi negeri jajahan kepada Empayar Majapahit pada abad ke-13 dan 14. Kelantan merdeka di bawah Raja Kumar dalam tahun 1411. Ia menjadi pusat perdangangan dan kewangan yang penting semasa abad ke-15 tetapi tunduk kepada Melaka pada tahun 1499. Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511 dan Kelantan tidak termasuk dalam penaklukan ini kerana terdapat persefahaman antara pemerintah. Namun ianya ditawan kembali oleh Siam dibawah Patani 1 pada 1603. 1760, Kota Kubang Labu telah ditubuhkan Long Bahar dan beliau telah menyatukan Kelantan semula, tetapi takhta beliau telah dipaksa turun takhta empat tahun kemudian. Long Yunus telah mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan pada 1764 tetapi Kelantan jatuh kepada Terengganu setelah kematian baginda. Long Muhammad anakanda Long Yunus telah mengisytiharkan diri sebagai Sultan pada 1800. Baginda diiktiraf oelh Kerajaan Siam sebagai pemerintah Kelantan yang sah pada 1812. Namun sekali lagi Kelantan tertakluk, kini dibawah British melalui Perjanjian Bangkok 1909. British membayar semua hutang Kelantan kepada Siam yang selaku penaungnya. Negeri Kelantan menjadi salah sebuah negeri-negeri Melayu tidak bersekutu pada 1911.
Jepun menawan Kelantan pada 8 December 1941. Pemerintah Jepun telah memindahkan kekuasaan British di Kelantan kepada Kerajaan Thai pada 1943. Negeri ini merdeka dari pendudukan Jepun pada 8 September 1945 dan menjadi sebuah Negeri Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Ogos 1948. Kelantan telah menyertai negeri-negeri semenanjung lain untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan menjadi sebuah negeri dalam Malaysia pada 16 September 1963.

RINGKASAN

NAMA LAMA BAGI KELANTAN PENAKLUK / PENJAGA MERDEKA
Langkasuka MAJAPAHIT : Abad 13 – 14 1411 di Bawah Raja Kumar dan wujudnya Kerajaan Chermin
Chermin MELAKA : 1499 1511 Apbila Portugis Menakluk Melaka
Jembal Siam (Patani) : 1603 1603 – Kelantan berpecah belah
Kota Kubang Labu : 1760 diasaskan oleh Long Bahar Long Yunus : 1764 apabila Long Bahar disingkirkan 1764-  Apabila Long Yunus Isytihar diri sebagai Raja Kelantan
Kelantan Terengganu : 1795 1812 setelah Siam Iktiraf Long Muhammad sebagai Sultan dan Kelantan sebagai Negeri Berdaulat
Kelantan British: 1909 Melalui Perjanjian Bangkok antara Siam dan British. Terus dibawah taklukan British hingga Perang Dunia Kedua
Kelantan Jepun 1945 Jepun Menyerah Kalah
Kelantan Negeri Persekutuan Tanah Melayu : 1 Ogos 1948 Kelantan turut serta bersama-sama negeri semenanjung.
Kelantan Persekutuan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 bersama-sama negeri Semenanjung Tanah Melayu.
Kelantan Malaysia 16 September 1963 sebagai salah sebuah Negeri Malaysia.

Sedutan Filem Queens of Langkasuka : adat perkahwinan putera raja pahang dan adik ratu langkasuka

Pasar Kota Jembal : Wujdunya Kerajaan Jembal