Tag Archives: jawa

NASI DAGANG : DARI MANAKAH IA?


Nasi Dagang Kelantan

Nasi Dagang Terengganu

—————————————————————————————————————————————

Nasi dagang

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Di Johor dan sesetengah daerah di Pahang seperti Raub, Pekan, Temerloh dan Kuantan, terdapat juga versi-versi Nasi dagang yang menggunakan kuah laksa sebagai kuah pilihan.

——————————————————————————————————————————————

TEORI KPSK

Kenapa makanan ini dinamakan nasi dagang? Adakah ia dibawa oleh pedagang ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu? atau dibawa oleh pedagang Kelantan dan Terengganu keluar berdagang.

Kami ingin menyatakan teori bahawa makanan ini dinamakan sebgeitu kerana ia berkemungkinan dibawa oleh pedagang sama ada dari champa atau jawa kerana nasi mereka diketahui umum seakan-akan nasi pulut berbanding nasi tempatan kita yang dikenali sebagai Beras Pamah yang mudah basi jika tidak dihangat.

Nasi pulut ini lebih tahan daripada nasi beras pamah yang mudah basi dan ia sesuai dibawa ketika pelayaran.

Nasi ini pula sangat mudah dimakan dengan pelbagai lauk seperti yang tersenarai diatas. Kerana itu, orang tempatan menamakan ia sebagai Nasi Dagang.

Nasi  Dagang Terengganu pula, sesuai sebagai sarapan pagi untuk orang yang berkerja menggunakan kudrat seperti nelayan dan pesawah, kerana ia boleh menambah tenaga dan membuatkan kita tahan lapar. Jika orang ofis makan, ia akan membuat kita lebih cepat mengantuk.

INI ADALAH TEORI KPSK DAN MEMERLUKAN RUJUKAN YANG LEBIH MENDALAM. SEMOGA ADA YANG LEBIH PAKAR DAPAT MEMPERBETULKAN TEORI KAMI. TERIMA KASIH.

Mitos : Wau 2


Di awal abad ke-8 muncul seorang tokoh, iaitu cucu Sri Maharaja Sri Jayanaga yang bernama Jaya Sinha. Beliau mempunyai berbagai gelaran, antaranya Sabjaya atau Sanjaya Putera, Inu Dewa, Seri Panji, Mahisa Kelana Seri Panji, Raden Inu Kertapati atau Raden Asmarajaya dan Hyang Kamajaya, tetapi dia lebih terkenal dalam cerita-cerita tradisi sebagai Dewa Muda. Dewa Muda telah mengadakan beberapa serangan untuk menyatukan kembali Empayar Srivijaya.

Sebelum Dewa Muda mengadakan serangan, dia telah lama bertapa dan apabila selesai, dia pulang dari gua tempatnya bertapa dengan membawa rangka atau ‘lembaga’ wau bulan yang baginya merupakan peta penyerangan dan penaklukan kembali Empayar Srivijaya atau Asia Tenggara itu.Dewa Muda menakluk kembali empayar yang agung itu kira-kira pada tahun 713 hingga 779 Masihi. Setelah mendapat kemenangan, Wau Bulan yang menjadi lambang Empayar Srivijaya dikenali sebagai ‘Sejagat Tanah Jawa’. Kepala dan tengkuk wau bulan yang berbentuk garuda itu melambangkan raja segala burung yang sebenarnya seorang wali.

Namanya ialah Riah, dalam Bahasa Arab disebut ‘Nabi Mahlail Alaihissalam’ antara 313 rasul dan dalam Bible, beliau disebut dengan nama ‘Mahalelselt’. Dalam cerita-cerita tradisi dia digelar ‘Burung Petala Indera’. Jadi, kepala Wau Bulan ini melambangkan roh dan semangat Empayar Srivijaya, dan memberi erti asas kebudayaan dan asas peradaban dalam empayar ini.
Dikisahkan bahawa busur wau ini memiliki dua belas bahasa, dua belas ragam yang melambangkan negeri atau daerah yang disatukan kembali dengan negara pusat Empayar Srivijaya. Dua belas negeri tersebut ialah Filipina, Vietnam, Segenting, Kemboja-Laos-Thailand Tengah dan Utara, Burma, Burma Barat dan Benggala Timur menganjur ke Kepulauan Andaman, Pulau Irian dan Pulau Sulawesi. Sementara dua belas ragam bererti dua belas suku terdapat di dua belas daerah/negeri tersebut tadi.

Sumber : fan page KPSK