Seputar@Kuala Krai
LATAR BELAKANG KUALA KRAI
FAKTA KUALA KRAI
- Jumlah Penduduk (2006) : 108,907 orang
- Keluasan : 883.10 batu persegi (2,287.10 km)
- Jajahan kedua terbesar
- Pernah menjadi pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang
- Pernah dikunjungi Ibnu Batutta (pengembara tersohor silam)
- Pusat Ekonomi Kelantan dari dulu hingga sekarang.
Sejarah Awal
Jajahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909.
Ia merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.
Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.
Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai (bagi kawasan utara jajahan) dan Majlis Daerah Dabong (bagi kawasan selatan jajahan).
Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985.
Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.
ANTARA MUKIM DALAM KUALA KRAI
- Mukim Batu Mengkebang
- Mukim Enggong
- Mukim Gajah
- Mukim Kandek
- Mukim Kenor
- Mukim Kuala Geris
- Mukim Kuala Krai
- Mukim Kuala Nal
- Mukim Kuala Pahi
- Mukim Kuala Pergau
- Mukim Kuala Stong
- Mukim Mambong
- Mukim Manek Urai
- Mukim Manjor
- Mukim Telekong
- Bandar Kuala Krai
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUALA KRAI
- Air Terjun Lata Berangin
- Jambatan Gantung Sultan Ismail Sg.Nal
- Taman Burung Kuala Krai
- Pasar Besar Kuala Krai
- Pasu Mambong
- Pusat Kraftangan
- Rumah Kediaman Ketua Jajahan
- Tempat Ibadat
- Stesen Keretapi Tanah Melayu Cawangan Kuala Krai
- Taman Tasik Kuala Krai
- Tangga Krai
- Air Terjun Lata Rek
Sumber :