Tag Archives: kelantan

MASS CONTROVERSIAL : PALEKBANG DAN FAN PAGE KPSK


RABU, 29/11/2012 :

Seperti hari-hari kebiasaan di Fan Page KPSK, kami mengawal selia setiap comment dan Posting hinggalah ke petang. Menerima panggilan dari seorang kenalan berita tentang satu blog iaitu yang menggunakan daftar nama sebagai Military of Malaysia.

Pada mulanya, kami tidak mengambil peduli akan hal tersebut. Kami meneruskan penulisan tentang artikel Ahlul Bait dan Kesultanan Kelantan.

Namun, fan page KPSK terus diserbu dengan maklumat Palekbang ini. Huraian tentang Terowong Purba, Lapangan Terbang Padang Lalang dan Harta Karun Peninggalan Jepun terus menyendat wall kami.

Pada masa sama juga wall KPSK juga memuatkan kisah penemuan Lapangan Terbang ke-5 di Gua Musang iaitu Fort Chabai juga menarik perhatian likers yang pada ketika itu mencecah 13,300.

KHAMIS, 30/11/2012

Wall KPSK terus menerus dihujani tentang Palekbang dan dakawaan penemuan Terowong Rahsia . Pada ketika ini kami meminjam comment dan posting dari rakan-rakan KPSK kerana masih belum berkesempatan mengunjungi kawasan yang didakwa tersebut.

Apa yang boleh kami lakukan ketika itu adalah analisis berdasarkan maklumat di internet dan buku tentang Palekbang dan setiap temuan fakta akan dikongsi di wall kami.

Huraian berterusan tentang dakwan harta tinggalan Jepun terus berlegar di wall … menunjukan pemikiran sesetengah orang yang begitu eager kepada harta materialistik. Perkara ini terus disenak kan lagi dengan dakwaan misterius harta peninggalan kerajaan Chermin iaitu sebuah kerajaan purba negeri Kelantan.

Maklumat di KPSK terus sendat dengan maklumat Geografi Purba Kelantan yang dikatakan berada tinggi dari aras laut. Perkara ini juga terus dikuti dengan minat oleh likers.

Berita tentang Palekbang juga terus hangat diperkatan hingga menarik trafik yang tinggi ke KPSK. Kami tidak meminta begitu.

Tanpa kami sangka, dalam ramai-ramai likers tu ada yang menyelit untuk mengambil maklumat tentang perkara ini dan diputar dengan pelbagai andaian yang boleh dikatakan hampir tidak berasas.

Maklumat yang kami sampaikan tentang Palekbang dalam fan page KPSK telah mendapat respon individu yang terlibat secara terus dalam hal ini. Beliau telah menasihati kami agar tidak ke sana. Pada masa sama , ribuan likers mula obses dengan maklumat yang kita sampaikan. Sehingga ada yang mula menuduh kami mereka-reka cerita.

Pada masa sama, ada juga yang memberi peringatan tentang RAHSIA NEGARA. Namun perasaan ingin tahu kami turut memuncak bersama-sama ribuan likers KPSK.

JUMAAT, .30/11/2012

Hari kemuncak isu Palekbang.

Dari pagi, wall kami terus dihujani persoal an tentang kesahihan terowong tersebut.

Dalam masa yang sama juga kami mengumpulkan kekuatan untuk pergi ke Palekbang kerana ianya terletak 70 kilometer dari pusat operasi kami di Pasir Puteh.

Memasuki tengah hari jumaat, adalah komen-komen yang berbaur makian dan kejian dan mendakwa kami menipu kerana bergantung kepada sumber maklumat dari para posteer dan commentator  di KPSK.

Sebenarnya kami kecewa kerana maklumat yang kami sampaikan sebelum ini dipandang sebagai “benar dan sahih”  sedangkan pada waktu itu kami sendiri pun sedang mengumpul maklumat untuk pengesahan namun, sudah ada “penemuan” yang diwar-warkan oleh beberapa orang di wall kami.

Petang jumaat, kami bertolak dari Pasir Puteh ke Palekbang dengan bantuan daripada bebarapa orang kenalan untuk membuat pengesahan sendiri .

Ini semua adalah atas usaha dan belanja kami sendiri, tidak mengharapkan mana-mana tajaan dan sumbangan. Kami ikhlas demi likers KPSK yang turut sama obses untuk mengetahui apa yang sebenarnya ditemui di Palekbang.

Setibanya disana, kami telah dihalang untuk mendekati kawasan yang didakwa itu. Baik dari Darat mahupun Sungai, kawasan ini dikawal ketat oleh pihak keselamatan. Sebelum tu, kami ingin jelaskan bahawa Palekbang ni sebuah mukim yang luas dan tempat yang dikawal adalah sekitar kawasan yang didakwa itu sahaja.

Rintangan dan halangan telah mendorong kami untuk terus berusaha. Namun hinggalah ke hari gelap, kami gagal untuk mendekati kawasan tersebut.

Walaupun usaha kami untuk ke kawasan itu gagal, kami telah menemui sesuatu pada diri kami tentang Sungai Kelantan seperti yang dinyatakan dalam Book of Mormon.

Dalam perjalanan pulang, kami terus dihujani pertanyaan dalam wall kami. Lantas kami layani seperti biasa. Usah dikira lah komen yang cuba menjatuhkan semangat kami, memang boleh meruntun jiwa.

Namun kami gagahi jua.

SABTU, 1/12/2012:

Seawal jam 9:40 pagi, kami terpaksa menghentikan pembongkaran kisah Palekbang ini memandangkan ianya telah mendapat liputan dari pihak Sinar Harian dengan pengesahan yang boleh dikatakan huraian secara total.

Jadi kami mengambil keputusan untuk menghentikan pembongkaran terowong ini.

Bersama-sama ini kami sertakan keratan akhbar dan juga gambar-gambar dari fans KPSK untuk tatapan buat semua.

Terima Kasih kerana mengikuti KELAB PENCINTA SEJARAH KELATE (KPSK) sokongan dan dokongan anda amat hargai. Buat commentator yang melemparkan komen negatif : demo juga adalah pendorong kami untuk terus membuka minda orang-orang Melayu – Kelantan dan Malaysia.

1 Telaga Pintu Masuk

Sumber kami mendakwa ini adalah Pintu Masuk ke Terowong

2 Pengkalan Dock

Di dakwa Pintu Masuk

Majlis Sembahyang Hajat di Pengkalan Dock

Majlis Majlis Sembahyang Hajat di Pengkalan Dock bagi memohon keberkatan untuk membuka sejarah.

4 Pengkalan Dock

Pemandangan sekitar kawasan yang didakwa : Pengkalan Dock

7 Laluan masuk

Laluan Masuk ke kawasan yang didakwa sebagai Kubu Jepun

5 Bunker Jepun di Pengakalan Dock

Strukturk ini didakwa sebagai Bunker Jepun

6 Pengkalan Dock

Struktur lama yang belum dikenal pasti. Sama ada ianya bekas Pelabuhan Palekbang atau kemudahan tentera zaman Jepun…

10 Bomba sedang berusaha sedut air

Antara Telaga juga didakwa sebagai pintu terowong… di kawasan yang kini telah ditutup serta dijaga pasukan keselamatan.

12 Struktur Telaga

Struktur Telaga…. apa pandangan anda?

12 Telaga dikatakan Pintu Masuk

Rupa bentuk dalam Telaga …. apa persepsi anda?

15 Binaan yang didakwa sebagai bekas pelabuhan di Palekbang

Struktur yang di dakwa sebagai Bekas Pelabuhan di Pengkalan Dock, Palekbang.

16 Bekas pelabuhan

Sudut dekat struktur pelabuhan tersebut.

17 Telaga yang cuba dikeringkan

“Telaga” yang cuba dikeringkan

18 telaga lagi

Antara telaga yang sedang cuba dikeringkan oleh Bomba

19 Rel keretapi

Struktur ini didakwa sebagai Rel Keretapi.

PENGESAHAN YANG KUKUH. TERPULANG PADA ANDA UNTUK ANALISIS

PENGESAHAN YANG KUKUH. TERPULANG PADA ANDA UNTUK ANALISIS

SUSUR GALUR KETURUNAN KDYMM AL-SULTAN KELANTAN


 

Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Sayyid Hussien Jamadil Qubra


Rajah ini kami salin dari buku “Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah”. Pengkajian oleh Tun Suzana untuk buku Ahlul Bait juga merujuk kepada sumber ini bagi susur galur Ahlul Bait di Kelantan. Moga-moga ia dapat memberi manfaat kepada anda. Terima Kasih kerana melawat blog kami.

EMPAYAR KELANTAN PURBA 5 : EMPAYAR MAJAPAHIT


Pada tahun 1339, Raja Bharubhasa iaitu putera Raja Sang Tawal yang berpusat di Langkasuka telah membangunkan sebuah empayar baru, tetap usia empayar ini sangat singkat. Empayar ini dinamakan Chermin dan ianya meliputi Bahagian Utara Semenanjung, Champa, Kemboja dan Samudera.

Namun, enam tahun kemudian empayar ini telah runtuh pada 1345 setelah Champa dan Kemboja memberontak dan ancaman dari Kerajaan Ayudhia hingga Raja Bharubhasa terpaksa membayar ufti kepada Ayudhia ini. Hal ini juga menyebabkan seluruh Semenanjung sehingga pulau Temasik turut termasuk bawah penguasaan Ayudhia.

Raja Bharubhasa telah memindahkan ibu kotanya ke Kelantan iaitu tempat nenek moyangnya. Sejak itu Kelantan kembali berperanan dalam sejarah. Pada tahun 1357, Gajah Mada dengan tenteranya dari Majapahit dari Jawa Timur telah menggempur kedudukan Ayudhia di Pulau Temasik untuk menghapuskan penguasaannya keatas tanah semenanjung.

Setelah itu, negeri-negeri dalam semenanjung termasuk Kelantan telah tunduk tanpa perang kepada Majapahit. Gajah Mada telah bergabung dengan Raja Bharubhasa memimpin tentera masing-masing menyerang ke utara untuk meluaskan kekuasaan Majapahit ke Dataran hingga ke Ayudhia dan Kemboja.

Maharaja Majapahit, Sri Maharaja Hayam Wuruk membahagikan empayarnya yang besar kepada dua :

  1. Majapahit Timur : Meliputi Kepulauan berpusat di ibu kota Majapahit, Jawa Timur dan
  2. Majapahit Barat : Meliputi Semenanjung, Sumatera, Ayudhia dan Kemboja berpusat di Kelantan. Majapahit Barat ini segera dinamakan Empayar Chermin Jiddah.

Bermula 1395, Raja Ayudhia telah memberontak dan menyerang ke Selatan untuk menguasai negeri-negeri dalam Semenanjung hingga ke Pulau Temasik dalam tahun 1401. Kira-kira 1432, Raja Kelantan yang bergelar Sultan Iskandar Shah, cucu Raja Bharubhasa yang baru kembali dari ibu kota Majapahit telah membangunkan semula Empayar Chermin Jiddah yang telah runtuh dengan mengambil persetujuan dari beberapa negara yang telah berpecah belah untuk bergabung semula dalam suatu empayar. Baginda menamakannya “Empayar Majapahit”. Sejarah empayar ini penuh mencatatkan peperangan demi peperangan dengan Ayudhia. Inilah empayar yang berpusat di Tanah Semenanjung yang mana sejarahnya amat erat dengan Melaka atau Champa kerana menentang serangan-serangan Ayudhia itu. Juga inilah Empayar Majapahit di mana Hang Tuah selalu datang mempertunjukkan kehandalannya melawan tentera Siam yang selalu menyerang dari Patani dan perkara inilah yang menimbulkan percanggahan dalam sejarah, kerana orang menggambarkan Majapahit tempat yang selalu dilawati oleh Hang Tuah ialah Jawa Timur.

Keris kedaulatan Empayar Majapahit (Keris Pelangi Merbo) ini masih menjadi keris kedaulatan raja-raja Kelantan turun temurun hingga sekarang.

 

Selepas ini, kami akan lanjutkan pengisahan Raja-Raja Kelantan dan Patani dari susur galur Ahlul Baits.

MAGERAN 1977 DI KELANTAN : VERSI UTUSAN MALAYSIA


Khamis, 1 November 2012, sebuah rencana telah dimuatkan dalam surat khabar utama di Malaysia iaitu Utusan Malaysia mengenai pergeseran politik di Kelantan hingga mengakibatkan MAGERAN telah dilaksanakan di Kelantan pada 1977.

Hal ini kami ada siarkan di blog rasmi dan boleh dibaca pada pada pautan ini : MAGERAN 1977 : PERGOLAKAN KELANTAN ERA MODEN

Hari ini, kami siarkan pula keratan akhbar dari Utusan Malaysia tersebut. Semoga ia menjadi rujukan dan panduan buat semua.

Sekian, terima kasih.