Tag Archives: majapahit

Lompat Tikam asal dari Majapahit?


MITOS

Sejarah Kuih Lompat Tikam ni asalnya dr kerajaan Mahapahit utk dipersembahkan kepada Kerajaan Kelantan sekitar tahun 1700. Semasa nak dipersembahkan, berhati2 sungguh dayang yng membawa dulang-dulang kuih ini, lalu seorang dayang tersadung pada bendul di Istana, lalu melompatlah Sultan kerana terkejut, lalu tertikam dayang itu. Sempena menghayati kisah tersebut, sultan kelantan dengan rasminya menamakan kuih Lompat Tikam.

Lompat Tikam

FIZIKALNYA

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dari tepung beras dan santan.

Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.

RESIPI

Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

*Lapisan bawah :-

62 g tepung beras ( 8 sb )

660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )

62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau

1/2 sk garam

1 sk air kapur

*Lapisan atas :-

25 g tepung beras ( 3 sb )

600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )

1/2 sk garam

*Air gula :-

250 g gula melaka ( 1 cwn – yg telah dihiris halus)

500 ml air ( 2 cwn )

1 helai daun pandan – di simpul

Cara-cara

1)      Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.

2)      Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.

Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.

Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.

*Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut. Tapis dan sejukkan.

Siri Dedah : Majapahit II (Pendahuluan)


MAJAPAHIT II

Majapahit II ialah kerajaan yang didirikan di atas runtuhan Empayar Chermin Jeddah pada tahun 1432-1502 oleh Kemas Jiwa atau Sultan Iskandar, Kelantan dan berpusat di Nenggiri, pedalaman Kelantan.

Wilayah yang tunduk di bawah kekuasaan empayar ini ialah Inderagiri, Kampar, Rokan, Siak dan Siantan (Batu Bahara). Pulau-pulau yang menjadi taklukannya ialah Temasik, Borneo, Riau dan Lingga. Di Semenanjung Tanah Melayu pula, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah dan Beruas (Perak) menjadi takluknya.

Sultan Iskandar, Kelantan memakai gelaran ‘Bhatara Majapahit’ dan keris kerajaannya dinamakan ‘Keris Majapahit’. Beliau menamakan kerajaannya Majapahit sempena nama kerajaan isterinya, Ratu Suhita yang memerintah Majapahit I sejak tahun 1427.

Baginda melantik Ali Nurul Alam menjadi Perdana Menteri bergelar Patih Aria Gajah Mada. Majapahit inilah yang sering didatangi oleh Laksamana Hang Tuah

Kemerosotan Empayar

Empayar ini mula mengalami kemerosotan akibat peperangan yang sering berlaku sehingga hanya Kelantan sahaja yang disebut sebagai Majapahit selepas itu.

Serangan Ayuthia pada tahun 1445 ialah awal kepada kehancuran empayar Majapahit II, serangan ini telah menyebabkan ramai bangsawan Majapahit II menjadi pelarian ke Pulau Jawa dan Champa. Sultan Iskandar Shah dan keluarganya sendiri lari ke Terengganu dan Aria Gajah Mada beserta keluarganya melarikan diri ke Champa (Vietnam).

Lenyapnya Majapahit II

Sultan Iskandar Shah telah menyerahkan wilayah-wilayah taklukannya kepada Kesultanan Melaka kerana tidak mampu mengawal jajahannya. Melaka telah menundukkan dengan paksa negeri-negeri yang tidak mahu menerima naungannya.

Sultan Iskandar Shah mangkat pada tahun 1467 dan digantikan oleh Sultan Mansur Shah (1467-1521). Pada zaman bagindalah, Melaka menyerang Kelantan pada 1499 dan menawan tiga puteri Kelantan iaitu Puteri Onang Kening, Chupan dan Chubak untuk dibawa ke Melaka.

Empayar Majapahit II lenyap apabila Sultan Mansur Shah telah menyerahkan kuasa Sultannya kepada Phya Tu Intira atau Sultan Muhammad Shah dari Patani. Sejak itu, Kelantan diperintah oleh raja bersama dengan Datu yang menjadi wakil Sultan Patani. Ia menandakan lenyapnya Majapahit II dan munculnya Persekutuan Pattani Besar yang penuh dengan kisah perjuangannya.

Rujukan :

Haji Abdul Halim Bashah (1993). Wali Songo Dengan Perkembangan Islam Di Nusantara, Al-Kafilah Enterprise. ISBN 983-99852-8-0.

Sebelum kita melanjutkan pembacaan lebih mendalam, admin ingin mengajak semua pembaca menyoroti Kerajaan Langkasuka terlebih dahulu. Posting berikutnya adalah Siri Dedah : Majapahit II (Kerajaan Langkasuka) – InsyaAllah akan diterbitkan dalam Oktober 2012.

JATUH BANGUN KELANTAN : MERDEKA DAN DITAKLUK


PENDAHULUAN

Suatu ketika dahulu Kelantan adalah sebuah negeri yang kuat yang mempunyai hubungan perdagangan dengan kerajaan kuno China, Champa dan India tetapi menjadi negeri jajahan kepada Empayar Majapahit pada abad ke-13 dan 14. Kelantan merdeka di bawah Raja Kumar dalam tahun 1411. Ia menjadi pusat perdangangan dan kewangan yang penting semasa abad ke-15 tetapi tunduk kepada Melaka pada tahun 1499. Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511 dan Kelantan tidak termasuk dalam penaklukan ini kerana terdapat persefahaman antara pemerintah. Namun ianya ditawan kembali oleh Siam dibawah Patani 1 pada 1603. 1760, Kota Kubang Labu telah ditubuhkan Long Bahar dan beliau telah menyatukan Kelantan semula, tetapi takhta beliau telah dipaksa turun takhta empat tahun kemudian. Long Yunus telah mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan pada 1764 tetapi Kelantan jatuh kepada Terengganu setelah kematian baginda. Long Muhammad anakanda Long Yunus telah mengisytiharkan diri sebagai Sultan pada 1800. Baginda diiktiraf oelh Kerajaan Siam sebagai pemerintah Kelantan yang sah pada 1812. Namun sekali lagi Kelantan tertakluk, kini dibawah British melalui Perjanjian Bangkok 1909. British membayar semua hutang Kelantan kepada Siam yang selaku penaungnya. Negeri Kelantan menjadi salah sebuah negeri-negeri Melayu tidak bersekutu pada 1911.
Jepun menawan Kelantan pada 8 December 1941. Pemerintah Jepun telah memindahkan kekuasaan British di Kelantan kepada Kerajaan Thai pada 1943. Negeri ini merdeka dari pendudukan Jepun pada 8 September 1945 dan menjadi sebuah Negeri Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Ogos 1948. Kelantan telah menyertai negeri-negeri semenanjung lain untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan menjadi sebuah negeri dalam Malaysia pada 16 September 1963.

RINGKASAN

NAMA LAMA BAGI KELANTAN PENAKLUK / PENJAGA MERDEKA
Langkasuka MAJAPAHIT : Abad 13 – 14 1411 di Bawah Raja Kumar dan wujudnya Kerajaan Chermin
Chermin MELAKA : 1499 1511 Apbila Portugis Menakluk Melaka
Jembal Siam (Patani) : 1603 1603 – Kelantan berpecah belah
Kota Kubang Labu : 1760 diasaskan oleh Long Bahar Long Yunus : 1764 apabila Long Bahar disingkirkan 1764-  Apabila Long Yunus Isytihar diri sebagai Raja Kelantan
Kelantan Terengganu : 1795 1812 setelah Siam Iktiraf Long Muhammad sebagai Sultan dan Kelantan sebagai Negeri Berdaulat
Kelantan British: 1909 Melalui Perjanjian Bangkok antara Siam dan British. Terus dibawah taklukan British hingga Perang Dunia Kedua
Kelantan Jepun 1945 Jepun Menyerah Kalah
Kelantan Negeri Persekutuan Tanah Melayu : 1 Ogos 1948 Kelantan turut serta bersama-sama negeri semenanjung.
Kelantan Persekutuan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 bersama-sama negeri Semenanjung Tanah Melayu.
Kelantan Malaysia 16 September 1963 sebagai salah sebuah Negeri Malaysia.

Sedutan Filem Queens of Langkasuka : adat perkahwinan putera raja pahang dan adik ratu langkasuka

Pasar Kota Jembal : Wujdunya Kerajaan Jembal