No. |
SUMBER RUJUKAN |
KENYATAAN |
10. |
PRASASTI CHANGGAL |
Prasasti ini ditemui di desa Changgal di atas Gunung Wukir, dalam Residen Kedu, Jawa Tengah ke sebelah Tenggara Borobudur. Penemuan prasasti ini diumumkan oleh Royal Academy, Amsterdam dalam sidang media pada 10 Mac 1884. Prasasti ini ditulis untuk mengingati pembangunan satu tempat suci Lingga diatas Gunung Wukir oleh Raja Sri Sanjaya dalam tahun 732 Masihi dan mengisahkan secara terperinci tentang Sanjaya ini.Prasasti ini ditulis dalam dalam bahasa Sanskrit dengan huruf Pallava, terdiri dari 25 baris dan terbahagi kepada 12 bahagian ayat. Bahagian 7 terdapat pernyataan penting tentang Yavadvipa, ianya seperti berikut:
“astddviparam Yavakhayamatulandhandhan yadivi jdikham sampannam kanakakaraistadamarai …. dinopar jitam. Srimatkunjarakunja desanihitam gangaditirtha vratam”.
Maksudnya:
“Disana terdapat suatu dvipa yang tiada tandingan namanya Yava kaya dengan biji-bijian dan benih-benih, kaya dengan lombong-lombong emas (baki dari baris 2 ini tiada dapatdifahami kerana kekosongan). Disana terdapat tempat keramat yang paling suci dan mengkagumkan, dipersembahkan kepada Siva untuk kebaikkan dunia, ditetapkan dalam kunjara-kunja-desa yang makmur dan dikelilingi oleh Ganga dan lain-lain sungai-sungai suci (tirtha)”. |
11. |
HSIN T’ANG SHU |
Buku ini disusun oleh Ou Yang-Hsiu dan Sung Ch’i dalam tahun 1060 Masihi ada menyebut She-p’o (Yava) iaitu Pulau Jawa sekarang dengan hubungannya dengan Ho-ling (Kalingga), sebagai berikut:“Ho-ling, ia digelarkan She-p’o. Ia terletak di lautan selatan. Disebelah timurnya ialah P’o-li, di sebelah baratnya To-p’o-ting. Di selatannya berbatasan dengan lautan selatan, dan disebelah utaranya Chenla…. Pemerintahannya tinggal dalam ibu kota She-p’o. Neneknya Chi-yen, memindahkan (ibu kotanya) ke arah timur ke kota P’o-lu-chia-ssu. Di sempadan Ho-ling terdapat 28 negeri kecil,semuanya setia kepada Ho-ling. Di sana ada 32 menteri penting dan Ta-Tso-kan-hsiung adalah ketua mereka. Di atas kemuncak suatu gunung terdapat wilayah Lang-pi-ya. Raja sendiri sendiri mendaki gunung ini untuk merenung ke laut.”“Kota She-p’o sama dengan Kota Yava (Yavapura?), “Che-yen” ialah “Gajayana”, raja Kalingga dan “P’o-lu-chia-ssu” sama dengan “Waru Gasik (Gersik)” terletak di Jawa Timur, kira-kira Gersik sekarang. Perpindahan ibu kota itu terjadi di antara tahun-tahun 742-755.
Teori tentang kedudukan Kota She-p’o terletak jauh ke Barat menerusi sudut astronomi dan bukan di Pulau Jawa sekarang, malahan lebih jauh lagi, mungkin iana merujuk kepada suatu tanah yang bernama Yava juga. Fakta berdasarkan astronomi ini telah dihuraikan oleh J.L. Moens sebagai berikut:
“Sekarang kita cuba meletakkan ibu kota empayar Cho-po. Sejarah T’ang mengandungi banyak informasi yang berguna untuk kita. Suatu penelitian astronomi di dalamnya menyatakan : “Pada tengah musim panas, suatu tongkat 8 kaki tinggi membias bayang ke selatan 2 kaki 4 inci. Suatu kiraan yang mudah membuktikan bahawa tempat penelitian iaitu ibu kota Cho-po, adalah terletak antara 6 darjah panjang bayang tongkat itu berbeza dalam ketepatannya daripada alat pengukur bayang zaman moden. Kita dapat menghasilkan rumusan dari kajian ini bahawa ia begitu jauh ke utara untuk menyatakan ianya adalah Sumatera. Satu-satunya pilihan ialah diantara Pantai Timur dan Pantai Barat Malaya. |
12. |
SEJARAH VIETNAM |
G.Coedes memetik suatu keterangan dari G.Maspero tentang suatu serangan keatas Tongkin oleh kumpulan tentera dari selatan.“Dalam tahun 767, Tongking telah diserang oleh kumpulan yang disebut dalam Sejarah Vietnam datang dari She-p’o (Java) dan K’un-Lun (Kepulauan Selatan daripada Umum). Gabenor Chang-po-i menewaskan mereka hampir dengan Son-Tay sekarang dan mengundurkan mereka ke laut.” Perkataan Kun-Lun dalam bahasa China ditujukan kepada Dwipantra atau kepulauan termasuk Pulau Jawa sekarang. |
13. |
PRASASTI PO NAGAR |
Prasasti ini ditulis berdasarkan perintah Satyavarman iaitu Raja Champa dalam tahun 784 Masihi dan ianya telah ditemui di Po Nagar suatu tempat yang terletak di Vietnam Selatan. Ia ditulis dalam bahasa Sanskrit menggunakan tulisan Pallava dan mengandungi 5 bait. Dalam bait 2 dan 3 disebut tentang serangan dari tentera asing yang tidak disebut nama negeri tetapi dapat diagak sebagai datang dari Yavadvipa berdasarkan serangan-serangan ke atas Tongking dan serangan ke atas Champa. Prasati Po-Nagar itu menggambarkan serangan itu sebagai yang disingkatkan dibawah ini:“Dalam tahun Saka 696 (774Masihi), orang-orang yang kejam, tidak mempunyai kasihan belas, berkulit hitam(hangus), datang dari kota-kota (negeri-negeri) lain, makanannya lebih dahsyat daripada makanan pelesit, jahat, mengamok serupa dengan Yama (Malikul-Maut), datang dengan kapal-kapal, membawa lari patung deva Mukhalingga dan membakar candinya. Kerana serangan ini, raja Sri Satyavarman belayar dengan kapal-kapalnya yang baik bersama dengan tentera dan pahlawan-pahlawannya dan membunuh orang-orang yang berdosa dan mengamok itu dilaut. Tetapi sungguh mendukakan bahawa (patung) Sivamukha bersama dengan seluruh kekayaan yang berada dalam kapal mereka telah dicampak kedalam laut.” Kesimpulannya, serangan ini bukanlah satu serangan hanya untuk merompak. Ianya lebih kepada unsur politik ekoran Champa telah memberontak dan keluar dari empayar Yavadvipa dan serangan ini adalah sebagai satu hukuman.
|
14. |
PRASASTI YANG TIKUH |
Yang Tikuh adalah gelaran penduduk kepada Prasasti yang ditemui di kampung Takoh, tidak jauh dari bukit Datrang di Lembah Phanrang. Ianya ditulis dalam bahasa Sanskrit pada tahun 799 Masihi atas perintah Indravarman, Raja Champa. Mengandungi 14 bait dan mengenai serangan Yavadvipa ini tercatat dalam bait ke-6 pada bahagian akhir berbunyi seperti berikut:“Oleh kerana dosa-dosa yang melampau pada zaman Kali (Akhir Dunia) maka ia (candi Bhadradhipatisvara) telah dibakar oleh tentera Java yang datang dengan kapal-kapal dan menyebabkan candi menjadi kosong dalam tahun saka 709 (787 Masihi). |
15. |
AKHBARUS-SIN WAL-HIND |
Seorang sudagar Arab dari Siraf bernama Sulaiman telah mengembara ke India dan China. Catatannya telah dibukukan pada pada 851 Masihi kemudian telah disunting oleh Abu Zaid Hasan dan diterbitkan dalam tahun 916 Masihi dengan nama Akhbarus –Sin Wal-Hind. Dalam buku ini, Sulaiman telah membicarakan tentang Yavadvipa atau Yava (Jawa) yang beliau nyatakan sebagai Zabag atau Zabaj. Ia memberikan gambaran yang menarik tentang negara Zabag yang dapat dirumuskan seperti berikut:
- Kota Zabag mengadap secara langsung kearah China. Jarak antara dua negara ini dapat digambarkan sebulan pelayaran dengan cuaca yang baik.
- Raja Kota ini terkenal dengan gelaran Maharaja. Negaranya adalah seluas 900 farsakh (5625 kilometer persegi). Disamping itu, ia memerintah pula pulau-pulau yang banyak seluas 1000 farsakh malah lebih lagi. Diantara negara-negara dibawah penguasaannya adalah Pulau Sribuza (Srivijaya) yang luasnya merangkumi 400 farsakh (meliputi sumatera selatan) dan pulau yang digelar Rami (Ramni atau Lumuri iaitu Sumatera Utara), lingkungannya seluas 800 farsakh. Juga sebahagiannya dari kepunyaan Maharaja iaitu negara kelautan iaitu Kalah (Segenting Kra) yang terletak di tengah jalan antara China dan Arabia….. ke pelabuhan (Kalah) ini kapal-kapal dari Oman datang dan dari pelabuhan ini kapal-kapal dari Oman itu pulang.
- Pulau dimana baginda bersemayam adalah amat subur dan didami manusia turun termurun. Dikatakan bila ayam-ayam negeri ini berkokok ketika matahari naik, sebagaimana suasana di Tanah Arab, kokok itu dijawab oleh satu sama lain sepanjang 100 farsakh, malah lebih lagi kerana kampung-kampung ini bersambung-sambung tidak berputusan. Ini bermakna negara ini dihuni oleh ramai rakyat.
- Kemudian Sulaiman menyifatkan adat Maharaja yang mengkagumkan. Setiap pagi, Bendahari akan menyembahkan kepada Raja seketul emas berbentuk empat persegi seperti batu bata. Kemudian baginda campakan kedalam suatu danau berhampiran dengan istana. Dalam sepanjang hidup Maharaja, tiada seorang pun yang boleh menyentuh ketulan-ketulan emas itu. Apabila mangkat, penggantinya telah mengeluarkan ketulan-ketulan emas ini dari danau. Setelah dikira dan ditimbang, emas tersebut telah dibahagi-bahagikan antara anggota-anggota keluaraga DiRaja, panglima-panglima, hamba-hamba dan orang-orang miskin. Bilangan ketulan emas ini dan jumlah berat keseluruhannya dicatat dalam catatan rasmi dan ketinggian martabat seseorang Raja berdasarkan jumlah emas yang mereka tinggalkan.
- Diantara Khmer (Khemra atau Chen-la menurut sebutan China) dan Zabag adalah sejauh 10 – 20 hari belayar menerusi laut bergantung kepada keadaan cuaca.
- Kemudian Saudagar Sulaiman menceritakan tentang satu peristiwa yang menyebabkan serangan Maharaja ke atas Khemra. Ringkasnya, Maharaja menyerang Khemra yang ketika itu dalam taklukan Yavadvipa kerana Raja Khemra menyatakan satu kenyataan celupar dengan menitahkan kepada Perdan Menteri Khemra bahawa baginda mahu melihat kepala Maharaja diletakan dalam ceper dihadapan beliau. Keceluparan ini telah sampai ke pengetahuan Maharaja dan baginda terus mempersiapkan angkatan laut dan menyerang Khemra. Setelah berjaya menawan Khemra, baginda telah memancung kepala Raja Khemra itu dan dibawa pulang ke Yavadvipa – diawet dan dikemaskan…kepala itu dihantar semula ke Khemra sebagai peringatan kepada Raja-Raja Khemra seterusnya supaya tidak menderhaka kepada Yavadvipa. Dalam serangan itu juga, angkatan Yavadvipa tidak mengambil satu pun harta milik rakyat Khemra. Serangan Yavadvipa itu sebagai satu tindak balas dalam menghukum ekoran niat memberontak Khemra.
Apabila perkara ini dikhabarkan kepada pemerintah China dan India, mereka semakin kagum dengan pentadbiran Yavadvipa ketika itu.
Setelah diteliti kenyataan ini, dapat dirumuskan bahawa kejadian ini bukan berlaku dalam abad ke-9, tetapi ia berlaku ketika abad ke-8 ketika Champa berada dibawah taklukan Yavadvipa. |
16 |
PRASASTI SDOK KAK THOM |
Prasasti ini ditemui di Phnom Sandak di Preah Vihear bertarikh 1052 Masihi, ianya ditulis dalam Bahasa Sanskrit dan Khmer. R.C Majumdar telah menterjemah prasasti ini seperti berikut: “Prasasti ini ditulis dalam bahasa Sanskrit dan Khmer bertarikh 974 saka (1052) menyatakan kepada kita bahawa Raja Jayavarman II, yang datang dari Jawa untuk memerintah Kota Indrapura, melaksanakan satu perayaan keagamaan supaya Kambujadesa tidak lagi terletak dibawah takluk Jawa. Kerana Jayavarman II memerintah dari tahun 802 – 869 Masihi. Ini bermakna negara Khmer telah mereka dari pengaruh Jawa hingga akhir abad ke-8. Seterusnya ia kekal merdeka. |
17. |
AL MASALIK WAL-MAMALIK |
Seorang penulis keturuan Parsi bernama Abdul Qasim Ubaidillah bin Abdullah yang terkenal dengan gelaran Ibnu Khurdazabeh dalam bukunya ini yang diterbitkan pada tahun 844 hingga 848 masihi ada menyentuh sedikit tentang negara Zabag = Java atau Javaka. Diantara lain, beliau berkata:“Raja Zabag dinamakan “Maharaja”…. Maharaja mempunyai pendapatan harian sejumlah 200 man emas setiap hari (1 man emas = 600 dirham perak). Bagind menjadikan emas seketul berbentuk empat segi seperti batu bata dan mencampakkan ia kedalam air sambil berkata : “Inilah rumah perbendaharaan ku.” Sebahagian daripada pendapatan itu, kira-kira 50 man emas setiap hari didapati dari judi perlagaan ayam. Menurut peraturan, setiap ekor ayam yang menang adalah kepunyaan baginda dan tuan ayam itu harus menebus ayam sabung mereka dengan sejumlah emas. |
18. |
PRASASTI NALANDA |
Nalanda adalah satu nama tempat dalam Wilayah Bihar, India dan prasasti ini dinamakan sempena tempat ianya dijumpai. Ia bertarikh 860 Masihi dan ianya ada menyatakan hubungan dengan Yava seperti berikut:
- Prasasti ini ditulis pada plat tembaga pada tahun 39 pemerintahan Raja Devapala kerana menyempurnakan permohonan Balaputradeva yang terkenal, Raja Suvarnadvipa. (Suvarnadvipadhipa – Maharaja Sri Balaputradeva)
- Prasasti ini mengakhiri keterangannya dengan satu keterangan singkat mengenai Balaputradeva yang boleh ditafsirkan seperti berikut:
“Di sana ada seorang raja besar dari Yavabhumi (Y-Pala), yang namanya bererti “Algojo musuh-musuh yang berani” (Vira-Vairi-mathananugata-bhidhanah) dan juga seorang perhiasan keluarga Sailendra (shailendra-vamsa-tilaka). Baginda mempunyai seorang putera yang berani (digelarkan) Samaragravira (pahlawan dibarisan hadapan dalam medan perang).
- Isterinya bernama Tara dari kaum Sri Varmasetu dari ras bulan, sama seperti Devi Tara. Dengan isteri ini, beliau melahirkan seorang putera iaitu Sri Balaputra, yang membina sebuah vihara di Nalanda.
|
19 |
KITABUL BULDAN DAN AL –A’ALAQUN NAFISAH |
Ibnul Faqih al-Hamdani dalam bukunya Kitabul Buldan yang dihasilkan pada 902 Masihi telah menyatakan:Tidak ada sebuah negeri di sebelah selatan selepas Zabag dan rajanya sangat kaya. Ini bermakna seluruh kepulauan Asia Tenggara adalah termasuk dalam negeri (empayar) Zabag.Ali Hamid Ibnu Omar Ibnu Rustah dan terkenal dengan Ibnu Rustah dalam buku al-A’laqun Nafisah tahun 903 Masihi telah menulis:
“Raja Besar (Zabag) digelarkan Maharaja iaitu raja segala raja, baginda tidak dianggap sebagai paling agung di antara raja-raja India, kerana beliau tinggal di Kepulauan. Tidak ada seorang raja lain pun lebih kaya dan lebih berkuasa daripada baginda dan tidak ada (raja) yang mempunyai pendapatan yang lebih daripadanya. |
20 |
PRASASTI NHAN –BIEU |
Prasasti ini ditemui di temui di satu tempat bernama Nhan-Bieu dalam daerah Quang-Tri, Champa Utara di zaman silam, bertarikh tahun 833 Saka (911 Masihi). Kandungannya terdiri dari 22 bahagian. Bahagian 8 – 10 ada menyebut tentang Yavadvipa seperti berikut:a) Ada seorang bangsawan yang cerdik, berhati-hati, beragama dan bijaksana. Sangat taat kepada raja dan sangat setia kepada segala perintah raja.b) Ia adalah nakhoda kegemaran raja sri Jayasimhavarman dan mempunyai kekayaan yang sesuai dengan hajatnya, ia bernama Pov Klun Pilih Rajadvarah. Dengan perintah raja, beliau telah bertolak ke Ibu Kota Yavadvipa sebgai utusan diplomatik, dan mendapat kepujian kerana berjaya adalam mengendalikan tugasnya. Semenjak dari itu, beliau telah bertambah kaya.c) Ketika zaman raja sri Bhadravarman, Pov Klun Pilih Rajadvarah mendapat gelaran Plov Klun Sudanda (va) sa. Sekali lagi, dengan perintah raja, beliau pergi ke Yavadvipa dan berjaya dalam misi diplomatiknya. Setelah pulang beliau telah dikurniakan sawah-sawah dan kampung-kampung di Sudan dan Kumuvel. |
21 |
MURUJUZ – ZAHAB |
Dalam tahun 943Masihi, seorang pengembara dan ahli sejarah yang terkenal iaitu Abil-Hasan ‘Ali bin al-Husin bin ‘Ali al-Mas’udi (al-Mas’udi) telah menghasilkan buku Murujuz – Zahab. Dalam buku ini beliau ada menulis tentang Asia Tenggara, diantaranya mengenai negara (empayar) Maharaja yang nampaknya sama dengan Maharaja Zabag seperti yang disebut oleh Abu Zaid dalam AKHBARUS-SIN WAL-HIND. Berikut adalah fakta-fakta dari Al-Mas’udi:a) India adalah sebuah negeri yang melebar keatas laut dan darat. Sempadannya adalah negeri Zabag yang memisahkan India dari China.b) Negara Khmer terletak di tengah jalan menuju kenegara-negara Maharaja, raja pulau-pulau Zabag, Kalah dan Sirandib (Ceylon)c) Selepas meninggalkan Pulau Sirandib (Ceylon) terdapat pulau-pulau lain, kira-kira 1000 farsakh jauhnya, salah satu dikenalidengan ar-Ramin (Sumatera Utara) yang mempunyai penduduk yang ramai. Di dalamnya ada raja-raja yang menghasilkan emas yang banyak. Diikuti pula oleh negeri Qansur (Fansur di Pantai Barat Sumatera Utara), dari sini dikeluarkan kapur Qansur. Kemudian sampai kepulau-pulau Najmalus (Nicober), penduduknya keluar dengan perahu-perahu sambil berbogel menawarkan hasil tempatan, kemudian sampai kepulauan Andaman.
d) Kemudian masuk laut keempat iaitu Kalahbar juga disebut laut Kalah (terletak di selat Melaka sekarang dan berhampiran antara segenting kra hingga perak), terdapat banyak pulaudan bukit bukau yang mengkagumkan. Kalah ini terletak pertengahan jalan dari China dan sebaliknya. Di Kalah berlabuhnya kapal-kapal orang Islam dari Siraf dan Oman dan mereka berhubung dengan orang-orang yang datang dari negeri China dengan kapal-kapal mereka. Pada zaman dulu, kapal-kapal dari China sering ke negeri Oman, Siraf, Faris, Bahrain, Ubullah dan Basrah.
e) Kemudian masuk laut ke-5 yang dikenali sebagai kardanj (Laut Pulau Kalimantan?) terdapat banyak gunung-gunung dan pulau-pulau (kardanj) menghasilkan kapur.
f) Kemudian laut ke-6, Laut Sanf (Champa iaitu Laut China Selatan). Di laut ini terdapat “Negara Maharaja” iaitu merujuk kepada Maharaja Zabag. Wilayah Zabag ini tidak tergambar luasnya hingga mengambil masa dua tahun untuk mengelilingi seluruh jajahan takluk walaupun dengan kapal yang terpantas ketika itu.
g) Dan pulau-pulau ini bersambung dengan laut yang tidak diketahui sempadan di sebelah Laut China dimana ia sebenarnya merujuk kepada Kepulauan Filipina yang bersambung dengan Lautan Pasifik.
h) Pada birai-birai kepulauan terdapat gunung-ganang yang mengeluarkan api siang dan malam, siangnya merah dan malamnya hitam, memuncak tinggi ke langit, mengeluarkan suara yang lebih kuat dari suara guruh dan petir (merujuk kepada kepulauan Maluku, Pulau Sulawesi, Kepulauan Nusa Tenggara dan Pulau Jawa). Kadang-kadang gunung berapi itu mengeluarkan suara ajaib dan menakutkan.
i) Dalam negara Maharaja terdapat Pulau Sribuza (Sriwijaya) yang lingkungannya seluas 400 farsakh dalam laut, juga Pulau Zang dan Ramni (Lamuri) dan lain-lain kepulauan dalam miliknya.
j) Negara Maharaja menghasilkan minyak wangi, rempah-rempah yang harum, kapur, kayu gaharu, cengkih, kayu cendana, kasturi, rempah dan lain-lain.
k) Maharaja adalah tuan (penguasa) laut keenam, Laut Sanf (Champa).
Meskipun Maharaja Zabag itu menguasai seluruh Kepulauan Dwipantra, kenyataan Laut Champa iaitu Laut China Selatan sekarang adalah membuktikan empayarnya terletak di “Pantai Timur Semenanjung”. |
22. |
PRASASTI KEDU |
Prasasti ini juga terkenal dengan Prasasti Balitung ditemui oleh Statterheim tertulis atas dua plat gangsa bertarikh tahun 828 Saka (907 Masihi). Ia ditemui di Kedu, dekat Perambanan iaitu di Kota Jogjakarta Moden. Prasasti Kedu ini memberikan suatu daftar Maharaja-Maharaja sebelum Sri Maharaja rakai Watukura (Balitung) yang memerintah di Mataram, bahagian Selatan dari Jawa Tengah. Daftar itu adalah sebagai mengikut:“…..rakai Mataram Sang Ratu Sanjaya.Sri Maharaja rakai Panangkarana.Sri Maharaja rakai Panunggalan.
Sri Maharaja rakai Warak
Sri Maharaja rakai Garung
Sri Maharaja rakai Pikatan
Sri Maharaja rakai Kayu Wangi
Sri Maharaja rakai Watu Humalang
Sri Maharaja rakai Watu Kura. |
23 |
SUNG SHIH |
Sung Shih atau sejarah Keluarga Sung (960 – 1279 Masihi) di tulis oleh T’o T’o (1313 -1344 Masihi). Meskipun ia ditulis dalam abad ke-14 Masihi, tetapi mengandungi beberapa fakta mengenai sejarah Yavadvipa atau Zabag dalam hubungnya dengan China sejak bahagian awal dari abad ke-10 Masihi. Tetapi Sung Shih menyebut nama Yavadvipa atau Zabag ini dengan San Fo Chi dan ianya dinyatakan demikian:a) Pada tahun 905 Masihi, suatu peruntusan telah dihantar oleh Maharaja San-fo-Chi ke negeri China dengan membawa hadiah dalam bentuk ufti. Utusan ini adalah gabenor bagi ibu kota dan Maharaja China telah mengurniakan gelaran Jeneral yang mendamaikan negeri-negeri yang jauh.b) Dalam bulan 9 dari tahun 960 Masihi, Si-ri-hu-ta-hia-li-t’an merujuk kepada Sri Udayaditya (Varman) menghantarkan satu perutusan untuk membawa hadiah berbentuk ufti dan ianya diulangi dalam tahun berikutnya (961)c) Penghujung tahun 961 dalam musim sejuk, raja Si-ri-wu-ya (Sri Wa-dhiraja) telah menghantar ufti. Dalam tahun-tahun 971 – 974 Masihi, utusan –utusan datang pula ke Istana Maharaja China. Tahun berikutnya Utusan datang lagi (975).
d) Tahun 980 Masihi, Raja San-fo-chi bernama Ha-Chi (Haji atau Aji) menghantar perutusan ke China.
e) 983 Raja Ha-chi menghantar perutusan. 985, nakhoda sebuah kapal dagangn datang membawa hasil dari negerinya.
f) 988 satu perutusan telah sampai dengan tujuan membawa ufti dan dalam musim sejuk 992 Masihi, informasi telah diterima dari Canton bahawa utusan ini telah meninggalkan ibu kota dua tahun yang lalu (990) telah mendengar berita di selatan bahawa negerinya telah diserang oleh She-p’o (Java) dan utusan itu terpaksa tinggal selama setahun. Dalam pertengahan tahun 992, utusan ini telah belayar ke Champa namun mendapat perkhabaran tidak baik, kapal utusan ini telah datang balik untuk mendengar satu perintah diraja supaya negerinya boleh menurut pimpinannya. |