Tag Archives: oxford

PENSYARAH MELAYU (ULAMA’) DI OXFORD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semoga anda semua diberkati dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.

Terlebih dahulu, jangan salah tafsir tentang tajuk tersebut. Kami tidak berniat untuk merendah-rendahkan Martabat kita, kami ingin membawa kalian mengenali dan mendekati seorang insan yang bernama Dr Muhammad Afifi al-Akiti yang berkhidmat di Oxford sebagai Pensyarah dalam bidang Teologi.

Dato’ Dr Muhammad Afifi al-Akiti

Artikel jelas dan detail boleh dibaca di pautan ini. dan juga di sini

Rumusan dari artikel tersebut dapatlah kami simpulkan bahawa pada zaman Ulama Besar Semenanjung Tanah Melayu dahulu seperti Tok Kenali, Tok Janggut, Tok Selehor, keluar dari Kelantan dan mengembara ke Tanah Arab untuk menuntut Ilmu agama.

Akhirnya pulang dan berbakti kepada tanah Air dan terbukti, Orang Kelantan kemudiannya masyhur dengan alim dan tawaduk.

Namun, selepas kolonial British mencampuri urusan pentadbiran di Kelantan usaha-usaha dakwah ini juga telah terbantut dan terhad kepada Fungsi Majlis Agama Islam Kelantan yang pada waktu itu banyak menaja pelajar untuk menuntut pelbagai cabang ilmu.

Syeikh Afifi , contoh dekat dengan kita, beliau keluar dari Perak dan menuntut di Pondok seterusnya merantau dan mengembara untuk menuntut ilmu dan akhirnya beliau diiktiraf oleh Dunia Islam dan Dunia Barat.

Sama seperti Syeikh Ahmad al-Fatani yang masyhur di Dunia Islam dan Dunia Barat melalui pemikiran beliau yang kritis suatu ketika dahulu.

Bezanya adalah, Syeikh Ahmad tidak memerlukan dokumen ataupun sijil untuk merujuknya. Berbanding pada masa sekarang, sudah tentu sukar untuk kita berguru dengan Syeikh Afifi kerana kita memerlukan Degree dan Master terlebih dahulu dan barulah boleh menjadi pelajar beliau dan sudah tentu lebih rumit lagi untuk kita terus berguru dengan beliau kerana syarat Oxford adalah amat ketat sekali.

KITA BERBANGGA MEMPUNYAI ANAK MELAYU YANG HEBAT SEPERTI SYEIKH AFIFI, TETAPI TERKILAN KERANA KITA TIDAK BOLEH MERUJUK SECARA TERUS DENGANNYA. SEMUANYA TELAH DITAKDIRKAN ALLAH S.W.T

Di Malaysia, masih ramai alim ulama yang boleh menjadi rujukan dan masih ramai yang sentiasa saling memperingati tentang Islam dan amal makruf nahi mungkar.