Tag Archives: penggiat

Penggiat Dikir Barat 4 : Cikgu Naim


Tokoh Dikir Barat : Cikgu Naim

Cikgu Naim adalah seorang tokoh dikir barat di negeri kelantan. Seawal tahun 2000 negeri kelantan diledakkan dengan klip-klip video dan audio cd dikir barat, nama beliau naik secara mendadak.

Lagu-lagu beliau mengandungi pelbagai mesej ringan dan jenaka. Bertugas sebagai seorang pendidik dan jiwa kekampungannya tidak menghalang beliau menabur ilmu dan jasa melalui hiburan rakyat.

Beliau pulang ke Rahmatullah pada 5/4/2007.Kehilangannya ibarat sebutir permata yang sukar untuk dicari ganti. Kehebatannya dalam seni dikir barat akan terus menjadi sebutan sampai bila-bila.

Penggiat Dikir Barat 3 : Ariffin Ana


Tokoh Dikir Barat : Ariffin Ana

Ariffin Ana, seorang tukang karut tersohor yang cacat penglihatan, dilahirkan di kampung Siam, Pasir Mas, Kelantan (1955). Memulakan karier sebagai tukang karut. Gelaran Ana diambil kerana namanya yang melonjak ketika menetap di Kampung Ana, Tumpat, Kelantan. Mempunyai 11 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Khalijah Abdullah. Minat terhadap dikir barat berm

ula seumur 11 tahun semasa mendengar Hassan Penyu dan Seman Wau Bulan mendendangkan dikir. Beliau sering dimarahi gurunya kerana sering berdikir semasa belajar di sekolah pondok. Disebabkan minat mendalam beliau mengambil keputusan berhenti sekolah pondok.

Sepanjang karier, beliau memenangi banyak pertandingan dikir barat yang dianjurkan. Selain itu beliau juga menjadi tenaga pengajar kepada anak-anak muda yang ingin mendalami seni berdikir barat. Antara anak didik beliau yang berjaya ialah Jen Endoro.

Penggiat Dikir Barat 2 : Seman Mamat


Tokoh Dikir Barat : Seman Mamat

Seman Mamat lebih dikenali Seman Wau Bulan berasal daripada Kampung Belukar Beta Hulu merupakan seorang tokoh dikir barat dan menjadi ikon kepada pendikir-pendikir di negeri Cik Siti WanKembang, negeri Kelantan. Beliau memulakan karier sebagai pendikir setelah terlibat bersama rakan-rakan dalam kumpulan “Puak Kampung Kubang Tin” di peringat pada tahun 1958. Beliau

berguru dengan Pak Leh Tapang dan Hussin Belimbing. Gelaran tersendiri iaitu Wau Bulan di ambil berdasarkan kaitan dan asal-usul Hikayat Dewa Muda. Gelaran inilah yang membawa beliau ke puncak karier beliau sebagai pendikir.

Lagu Wau Bulan yang sentiasa dibawanya di akhir setiap persembahan adalah sebagai tanda memohon maaf kepada orang ramai sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan. Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Penggiat Dikir Barat 1 : Daud Bukit Abal


Tokoh Dikir Barat : Daud Bukit Abal

Tokoh Dikir Barat dan penggiat seni yang tersohor di kelantan, Mat Daud Cik Mat, 71, yang lebih dikenali Daud Bukit Abal.

Diceritakan serba ringkas tentang beliau – Mula bergiat dalam kesenian dikir barat sebagai Tok Juara pada 1961, ketika berusia 21 tahun. Bermula dengan hanya suka-suka bersama kawan-kawan yang akhirnya menjadi pengiat seni yang popular dan kini dikenali ramai di dalam dan luar negeri. Tokoh besar dalam kesenian dikir barat ini mempunyai ramai anak murid yang mengikuti jejak beliau untuk mengangkat kesenian dikir barat ke peringkat lebih tinggi.

Beliau pernah terpilih menerima anugerah Tokoh Dikir Barat 2006 dari Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan meninggalkan sembilan orang anak dari dua isteri dan 14 cucu. Sepanjang hidup beliau menyara kehidupan keluarga dengan dikir barat.