TEROWONG MISTERI DI PALEKBANG:
Semuanya bermula dari sini : http://militaryofmalaysia.net/2012/11/berita-gempar-den-sorang-je-tahu-tapi-den-malas-nak-bagitahu/
Lalu, wakil iaitu Admin Kota Bharu telah pergi ketempat yang disebut itu. Sejak posting seperti dalam pautan diatas, orang ramai telah berkunjung ke Palekbang untuk membuat pengesahan, memandangkan hari ini adalah hari akhir sementelahan esok adalah cuti umum, maka ramailah orang telah kesana untuk membuat pengesahan.
Sebelum ambo coret lebih banyak tentang Palekbang, marilah kita kenali dahulu apa itu Palekbang dan kenapa ia menjadi sebutan dari dahulu hingga sekarang.
Palekbang adalah sebuah penempatan yang terletak berhampiran tebing sungai Kelantan dan juga berhampiran dengan Kuala Kelantan. Lokasi ini mempunyai pelbagai nama dan ianya merupakan tempat yang bersejarah dari dahulu hingga kini, kerana ianya merupakan satu-satunya jalan masuk ke Kelantan jika anda belayar dari Laut China Selatan.
Sebagai sebuah lokasi tumpuan, semestinya ia menyimpan pelbagai rahsia dan misteri. Yang paling mencuri tumpuan kita pada hari ini adalah kisah “Terowong Purba”.
TEROWONG PURBA
Kewujudan terowong ini amatlah rahsia hingga tiada bukti yang dapat dinyatakan pada masa kini. Namun, cerita dari mulut ke mulut telah diketahui hingga ke generasi ini dan hari ini, kami telah digegarkan dengan maklumat seperti yang terkandung dalam pautan di atas.
Mengikut sumber kami, terowong ini amat panjang dan ianya dikatakan mencecah 100 batu dengan setiap 10 batu akan bepecah 4 (sama seperti di trafic light).
Terowong ini bermula dari arah pantai (Palekbang) hinggalah ke kawasan Nenggiri, terowong ini dibayangkan telah wujud lama sebelum Perang Dunia Kedua dan lebih lama dari itu kerana ia didakwa telah wujud ketika bumi Kelantan ini tinggi dari aras laut.
TEROWONG PURBA DAN PENGGUNAANYA PADA ZAMAN PERANG DUNIA
Kelantan tidak terlibat secara langsung dalam Perang Dunia Pertama, tetapi ia menjadi lokasi awal ketika Jepun menyerang semenanjung Tanah Melayu dimana Jepun telah naik ke darat melalui Pantai Sabak di Pengkalan Chepa.
Jepun mara melalui jalan darat dari arah Siam dan mereka telah arif dengan segenap lorong di Semenanjung kerana mereka telah lama menghantar agen perisik ke seluruh pelusuk dunia.
Sebenarnya, maklumat jelas mengenai agen perisik ini bermula sewal kurun ke-16 lagi apabila seorang Samurai dari Jepun telah menjadi Penguasa di Nakorn Sri Tamarat iaitu Yamada Nagamasa dari sini komuniti Jepun telah berkembang ke seluruh Nusantara.
Beratus-ratus tahun Jepun mempunyai maklumat terutamanya mengenai Kelantan dan Terengganu kerana itu mereka paling ramai berada di Kuala Berang walaupun pada awal Perang Dunia ke-2, Kuala Berang sudah menjadi satu kawasan Hulu Terengganu yang tidak dipedulikan, ini kerana mereka mempunyai maklumat mengenai sejarah Kuala Berang itu sendiri. Balik kepada Kelantan, ratusan tahun masa yang diambil oleh agen Jepun untuk membina satu rancangan teliti tentang menawan Kelantan kerana mereka telah mengetahui kekayaan Kelantan.
Kewujudan “terowong purba” ini mungkin telah diketahui oleh Jepun. Manakala pihak British juga telah maklum akan kewujudan terowong ini dan dari itu mereka telah membina Lapangan Terbang Bawah Tanah yang paling popular adalah di Gong Kedak, Pasir Puteh dan Padang Lalang Luas, Machang.
Kini, dakwaan kewujudan terowong ini tidak dapat disahkan kerana tiada bukti kukuh tentang perkara ini. Lapangan Terbang Lalang Luas sendiri telah menjadi puing-puing sejarah ditengah kawasan perumahan, namun kesan dia masih ada.
Terowong ini pula semakin lama semakin dilupakan, hingga ramai yang menyangkal akan dakwaan ini.
Akhirnya, pada 28/11/2012 berita tentang pihak Tentera dan Polis telah mengepung satu kawasan di Palekbang telah dihebohkan oleh blog Military of Malaysia dengan memberi hint tentang Struktur Bawah Tanah.
Kami telah sedia maklum tentang hal ini. Namun atas sebab keselamatan ada maklumat tidak dapat kami hebahkan disini.
Perkara ini tersebar, ekoran Kontraktor yang sedang menjalankan pembinaan telah menemui satu struktur bawah tanah yang meragukan hingga mereka telah memangil Bomba untuk menyedut air dari satu tempat pembinaan mereka. Dari sini, Bomba telah memaklumkan kepada pihak tentera dan polis kerana apa yang mereka temui adalah diluar bidang kuasa mereka.
Sumber kami di Palekbang menyatakan bahawa, struktur dalam tanah tersebut mengandungi bahan letupan (belerang) dalam kuantiti yang banyak dan ianya didakwa adalah tinggalan Perang Dunia ke-2. Sumber kami yang lain pula menyatakan bahawa mereka yang mempunyai “pas keselamatan” sahaja boleh memasuki kawasan ini.
Apa yang ditemui dikawasan tersebut memang kami tidak ketahui lagi. Hingga saat ini ianya masih dibawah kawalan pihak ATM.
ANTARA GAMBAR DI KAWASAN YANG DI DAKWA:
EMPAYAR KELANTAN PURBA 5 : EMPAYAR MAJAPAHIT
Pada tahun 1339, Raja Bharubhasa iaitu putera Raja Sang Tawal yang berpusat di Langkasuka telah membangunkan sebuah empayar baru, tetap usia empayar ini sangat singkat. Empayar ini dinamakan Chermin dan ianya meliputi Bahagian Utara Semenanjung, Champa, Kemboja dan Samudera.
Namun, enam tahun kemudian empayar ini telah runtuh pada 1345 setelah Champa dan Kemboja memberontak dan ancaman dari Kerajaan Ayudhia hingga Raja Bharubhasa terpaksa membayar ufti kepada Ayudhia ini. Hal ini juga menyebabkan seluruh Semenanjung sehingga pulau Temasik turut termasuk bawah penguasaan Ayudhia.
Raja Bharubhasa telah memindahkan ibu kotanya ke Kelantan iaitu tempat nenek moyangnya. Sejak itu Kelantan kembali berperanan dalam sejarah. Pada tahun 1357, Gajah Mada dengan tenteranya dari Majapahit dari Jawa Timur telah menggempur kedudukan Ayudhia di Pulau Temasik untuk menghapuskan penguasaannya keatas tanah semenanjung.
Setelah itu, negeri-negeri dalam semenanjung termasuk Kelantan telah tunduk tanpa perang kepada Majapahit. Gajah Mada telah bergabung dengan Raja Bharubhasa memimpin tentera masing-masing menyerang ke utara untuk meluaskan kekuasaan Majapahit ke Dataran hingga ke Ayudhia dan Kemboja.
Maharaja Majapahit, Sri Maharaja Hayam Wuruk membahagikan empayarnya yang besar kepada dua :
- Majapahit Timur : Meliputi Kepulauan berpusat di ibu kota Majapahit, Jawa Timur dan
- Majapahit Barat : Meliputi Semenanjung, Sumatera, Ayudhia dan Kemboja berpusat di Kelantan. Majapahit Barat ini segera dinamakan Empayar Chermin Jiddah.
Bermula 1395, Raja Ayudhia telah memberontak dan menyerang ke Selatan untuk menguasai negeri-negeri dalam Semenanjung hingga ke Pulau Temasik dalam tahun 1401. Kira-kira 1432, Raja Kelantan yang bergelar Sultan Iskandar Shah, cucu Raja Bharubhasa yang baru kembali dari ibu kota Majapahit telah membangunkan semula Empayar Chermin Jiddah yang telah runtuh dengan mengambil persetujuan dari beberapa negara yang telah berpecah belah untuk bergabung semula dalam suatu empayar. Baginda menamakannya “Empayar Majapahit”. Sejarah empayar ini penuh mencatatkan peperangan demi peperangan dengan Ayudhia. Inilah empayar yang berpusat di Tanah Semenanjung yang mana sejarahnya amat erat dengan Melaka atau Champa kerana menentang serangan-serangan Ayudhia itu. Juga inilah Empayar Majapahit di mana Hang Tuah selalu datang mempertunjukkan kehandalannya melawan tentera Siam yang selalu menyerang dari Patani dan perkara inilah yang menimbulkan percanggahan dalam sejarah, kerana orang menggambarkan Majapahit tempat yang selalu dilawati oleh Hang Tuah ialah Jawa Timur.
Keris kedaulatan Empayar Majapahit (Keris Pelangi Merbo) ini masih menjadi keris kedaulatan raja-raja Kelantan turun temurun hingga sekarang.
Selepas ini, kami akan lanjutkan pengisahan Raja-Raja Kelantan dan Patani dari susur galur Ahlul Baits.
EMPAYAR KELANTAN PURBA 4 : EMPAYAR JAWAKA DAN MALAYUR
Pada pertengahan abad ke-13, dalam zaman pemerintahan Maharaja Suran ketika baginda sedang berperang di Sri Lanka yang memberontak, empayarnya di Asia Tenggara telah runtuh kerana pemberontakan anak saudaranya Sang Nila Utama dari Sumatera. Maharaja Suran telah menggandaikan Pulau Sri Lanka kepada Raja Pandya di India Selatan dan meminjam sejumlah besar tenteranya untuk menundukkan kembali negara-negara yang berpisah.
Maharaja Suran memberikan nama baru bagi empayar Sampugita yang telah runtuh itu dengan nama Empayar Jawaka. Meskipun baginda masih menjadikan Kelantan sebagai wilayah pusat, namun dalam zamannya peranan besar Kelantan dalam sejarah mulai surut. Empayar Jawaka terlibat dalam peperangan dengan Pandya dalam merebut Pulau Sri Lanka dan peperangan dengan Sukhothai disebelah utara untuk menahan perkembangan bangsa Thai atau Siam yang mendesak ke selatan.
Penghujung abad ke-13, Raja Sang Tawal cucu kepada Maharaja Suran memindahkan ibu kotanya dari Kelantan kearah utara iaitu ke wilayah Phatthalung, hampir dengan Ligor untuk mempertahankan semenanjung dari ancaman bangsa Thai itu. Baginda menamakan empayarnya yang telah merosot dengan Malayur. Empayar ini hanya meliputi kawasan dari Terengganu hingga Sengenting Kra sahaja.
Peperangan menentang Sukhothai terjadi selama beberapa dekad. Dalam Yuan Shih ada disebut tentang peperangan yang lama diantara orang-orang Sien (Siam) dan Mali Yu Eul atau Mali Yu Erh (Malayur) dan oleh kerana ini Maharaja Tartar yang memerintah China menghantar surat kepada Raja Sukhothai dalam tahun 1295 melarangnya supaya jangan meneruskan peperangan itu.
Akhirnya Empayar Malayur ini runtuh dalam bahagian pertama abad ke-14 kerana serangan Sukhothai. Raja Sang Tawal memindahkan ibu kotanya dari Selatan ke Langkasuka.
KELANTAN PURBA 3 : EMPAYAR SAMPUGITA
Maharaja Sanjaya telah memperluaskan empayar Sri Wijaya Mala yang berpusat di Medang Bhumi. Empayarnya amat luas.
Selesai menawan Benua Afrika dan Benua India, Maharaja Sanjaya telah menggelarkan empayar beliau ini sebagai Empayar Sampugita yang bermaksud Nyanyian Sang Bunga yang juga membawa maksud tersirat iaitu perlanjutan bunga teratai yang bernama Sri Wijaya Mala. Sampugita inilah disebut-sebut dalam catatan Arab yang merujuk kepada nama Zabaj.
Ekoran kejayaan memperluaskan empayar ini, Maharaja Sanjaya telah memasang tekad untuk menakluk Kusadwipa pula. Kusadwipa adalah benua Amerika sekarang ini. Sebagai usaha dalam merealisasikan hasrat ini Maharaja Sanjaya telah menghebahkan kempen ini ke seluruh alam nusantara untuk mengumpul bala tentera. Usaha ini dijalankan selama 2 tahun, namun ketika rancak merencanakan rancangan ini Maharaja Sanjaya telah mangkat pada usia 130 tahun.
Setelah itu, kelantan mengalami pasang surut dalam pemerintahan. Catatan orang Arab dalam abad ke-9 dan 10 masih menunjukkan pusat pemerintahan empayar ini terletak di Pantai Timur Semenanjung iaitu di Medang Bhumi. Seorang saudagar Arab yang bernama Sulaiman telah mencatat dalam bukunya pada tahun 851 Masihi menyatakan bahawa pada suatu masa, Raja Qamar (Khemra atau Kemboja) telah menunjukkan reaksi untuk menderhaka kepada Maharaja Zabaj. Apabila berita ini diketahui, baginda telah menyiapkan angkatan laut dengan helah untuk membuat lawatan ke Kepulauan, tetapi sebaliknya baginda telah menyerang khemra dengan 1000 buah kapal berukuran sederhana dan berjaya menawan rajanya, kemudian dibunuh. Kerana tindakan ini nama baginda telah digeruni sehingga ke negara China dan India. Riwayat ini telah dipetik oleh Abu Zaid Hassan, disiarkan dalam bukunya yang ditulis dalam tahun 916 Masihi.
Menurut Abu Zaid, Zabaj terletak sejauh 10 hari pelayaran dari Kemboja. Ini membuktikan dalam abad ke-10 pusat empayar masih terletak di Medang Bhumi. Jarak itu adalah sesuai dengan pelayaran dari Medang Bhumi ke ibu kota Khemra yang terletak tidak jauh dari Phom Penh.
Dalam abad ke 11, selepas serangan Rajendra Chola, Raja Padya di India Selatan keatas Sumatera, Semenanjung dan Segenting yang berakhir dalam tahun 1030 Masihi, wilaya Sri Wijaya yang berpusat di Kota Palembang bangkit dan menyatukan seluruh kepulauan. Kemudian, bersama dengan Empayar Sampugita yang berkuasa di Semenanjung dan Segenting menyerang balas atas negara Pandya di India Selatan itu.
Dalam abad ke-11 juga, nama Medang Bhumi untuk Kelantan tua mula lenyap. Menurut riwayat tradisi dalam zaman ini orang melihat suatu “pancaran sinar” yang kuat pada waktu malam, memancar dari Bukit Panau yang berbentuk saji terus menjulang kelangit. Pancaran ini bukan sahaja dilihat oleh penduduk Kelantan, juga penduduk-penduduk negeri lain, oleh kerana pancaran sinar ini mempunyai satu pengertian yang rahsia, maka Maharaja Sampugita pada zaman itu mengubah nama negara pusatnya menjadi “Medang Kilatan Saji”. Orang-orang Cham dari negara Champa menggelar negeri Kelantan sebagai Klanjengeh yang bermaksud Cahaya yang Terang Benderang mungkin gelaran ini ekoran dari kejadian pancaran cahaya itu. Menurut satu sumber riwayat tradisi Terengganu menyatakan bahawa nama Terengganu juga berasal dari pancaran sinar yang kelihatan dari arah negeri Kelantan. Ketika sinar itu memancar, orang-orang Terengganu berkumpul untuk melihatnya mereka berkata : “terang anu” dan akhirnya menjadi Terengganu” sebagai nama negeri.
Nama Medang Kilatan Saji itu kemudiannnya menjadi Kilatan sahaja dan dari nama ini akhirnya menjadi Kelantan. Nama ini tertera dalam duit emas Kelantan bertarikh tahun 1181 Masihi, ditulis dengan huruf Arab “Kelantan” (K.L.T.N)
Oleh kerana pertikaian-pertikaian dan peperangan-peperangan yang berlarutan dengan Pandya terutama dalam merebut Pulau Sri Lanka, seorang dari Maharaja Sampugita memindahkan ibu kotanya dari Kelantan ke Kota Kalasapura dalam Gangganagara iaitu Perak dalam abad ke-12. Sejak itu, Kelantan telah hilang peranannya sebagai ibu kota sebuah empayar.
Buku Ling-wai Tai-ta yang ditulis oleh Chou Ch’u Fei dalam tahun 1178 dinyatakan bahawa: Raja Fo Lo An dilantik oleh Maharaja San Fo Tsi. Menurut kajian yang terakhir mengenai lokasi negeri Fo Lo An ternyata ia adalah Kota Kuala Berang di Ulu Terengganu. Ini membuktikan bahawa ianya adalah ibu kota Negeri Terengganu pada masa yang silam. Apabila disesuaikan dengan riwayat tradisi data dari catatan China ini membuktikan bahawa Kelantan telah menjadi wilayah yang tidak penting lagi. Ini juga menunjukkan bahawa Maharaja Sampugita yang telah berpindah ke Pantai Barat telah memberi kepercayaan kepada wilayah Terengganu sebagai pelindung Pantai Timur.
Dalam bahagian awal dari abad ke-13, seorang Maharaja Sampugita yang dilahirkan di Gangganagara itu telah membangunkan kembali Empayar Sampugita dan Sri Wijaya yang telah runtuh baik di bahagian Dataran dan Kepulauan. Baginda mempunyai pelbagai gelaran antaranya Brahma, Maharaja Imbang Jaya, Maharaja Mani Jaya, Malim Dewa, Maharaja Bukit Si Guntang. Dari Gangganagara itu, baginda menguasai seluruh Sumatera termasuk wilayah Pusat Sri Wijaya iaitu Palembang. Kemudian menakluk Jawa Barat dan Kalimantan. Kemudian balik kel Kelantan. Dari sini baginda menakluk daratan termasuk Dvaravati, Kemboja dan Champa.
Chao Ju Kua yang menulis dalam tahun 1225 ada menyebut tentang satu daftar nama negara-negara di bawah penguasaan San Fo Tsi iaitu Sampugita terletak dalam kawasan-kawasan yang telah dinyatakan. Ia menyatakan nama Kelantan terletak di bawah Sampugita.
Chao Ju Kua menyebut seluruh negeri Pantai Timur Semenanjung dan Segenting sebagai wilayah Sampugita. Ini memberikan kemungkinan bahawa ketika ia menulis bukunya yang bertajuk Chan Fan Chih dalam tahun 1225 atau ketika ia masih berada di Asia Tenggara sebelum beliau menulis bukunya ini, wilayah Sampugita masih terletak di Gangganagara atau Perak. Chao Ju Kua juga ada menyatakan Kedah yang disebutnya sebagai Chi-T’o dalam hubungan perniagaan dengan Melabar, ia tidak menyatakan bahawa Kedah ini terletak dibawah Sampugita. Juga ia menyebut Sampugita sendiri berniaga dengan Malabar. Ini memberikan gambaran kepada kita bahawa wilayah Pusat Empayar itu mestilah terletak di Pantai Barat Semenanjung.
Dalam buku San Tsa’i Tu hui yang ditulis dalam tahun 1607 adalah merujuk kepada sumber-sumber yang lebih tua dengan meletakkan Fo Lo An iaitu Kuala Berang ibu kota Terengganu tua sebagai terletak sejauh empat hari empat malam pelayaran dari San Fo Si (Sampugita). Juga kedua-dua tempat ini mempunyai hubungan menerusi daratan. Hubungan darat dan laut ini jelas menunjukkan bahawa ianya juga mempunyai hubungan dengan Kelantan ketika Kelantan menjadi pusat Empayar Sampugita.
Maharaja Imbang Jaya atau lebih terkenal dengan gelaran Maharaja Bukit Siguntang mempunyai beberapa orang putera dan puteri. Putera-putera yang terkenal ialah Maharaja Suran yang menurunkan keturunan Raja-Raja Kelantan, Champa, Patani, Kedah dan lain-lain. Raja Sang Sapurba yang menurunkan Raja-Raja Jambi, Tumasik, Melaka dan lain-lain. Seorang puteranya dari gundik bernama Arok menurunkan raja-raja Singasari dan Majapahit di Pulau Jawa.
EMPAYAR MELAYU PURBA DALAM CATATAN ABAD KE-11 HINGGA 14 MASIHI
Alhamdulillah, sebelum ini kami sudah senaraikan 23 sumber rujukan dari abad 1 – 10 Masihi mengenai Empayar yang pernah wujud di Asia Tenggara iaitu bermula dengan Empayar Yavadwipa – Srivijaya – Sampugita.
Di akhir analisis kami pada 23 sumber rujukan sebelum ini, kami ada nyatakan mengenai Empayar Sampugita yang bermaksud Nyanyian Sang Bunga. Bahagian ini kami akan nyatakan kronologi Negara Nyanyian Sang Bunga ini.
No. | SUMBER | KENYATAAN |
1. | SUNG SHIH | Buku ini ditulis oleh T’o – T’o dalam abad ke-14 yang menyatakan sejarah hubungan diplomatik antara Sampugita dan China dalam abad ke-11 hingga 12 Masihi.
|
2 | SUNG SHIH | Penerangan mengenai She-p’o atau Java gambaran yang jelas telah tercatat dalam buku ini:
|
SUMBER INDIA | PRASASTI TANJUR
1) Negara Chola yang berpusat di Kota Tanjur di Selatan India telah muncul menjadi suatu kuasa besar semenjak abad ke-10. Kerajaan ini telah menakluk Pallava dan Pandya dihujung selatan India. 2) Kerajaan Chola ini mencapai kemuncak kegemilangannya dibawah pemerintahan Raja-Raja Dewa (985 – 1018) 3) Raja-Raja Dewa ini membangunkan angkatan lautnya dan menakluk Pulau Ceylon dalam tahun 1003 dan kemudiannya menakluk kepulauan Maldives pada 1007. 4) 1018 – 1044, Rajendra Chola Deva I telah menaiki takhta Empayar Chola dan beliau telah meneruskan usaha ayahandanya melakukan peluasan kuasa dengan memimpin angkatan tentera menyerang dan menakluk hingga ke Sungai Gangga dan menguasai Benggala. 5) Dibawah Rajendra Chola Deva I, Chola telah menyerang Srvijaya dan Sampugita dalam tahun 1027 hingga 1030 Masihi. 6) Prasasti Tanjur yang ditulis setelah tamat serangan-serangan itu pada 1030 menyatakan:
“Rajendra telah menghantarkan kapal-kapal yang banyak ke tengah laut yang bergelombang dan menawan Sangrama – Vijayattung-varman, raja Kadaram, bersama dengan gajah-gajah dalam angkatan tenteranya yang hebat, (mengambil suatu timbunan perbendaharaannya yang besar, yang mana (raja itu) mengumpulkannya dengan secara halal, menawan dengan gegak gempita. Vidyadharatorana terletak di pintu-pintu gerbang dari ibu kotanya yang luas, Srivijaya dengan pintu gerbang yang bertatahkan permatanya yang lemah, dihiasi dengan kemegahan yang agong dan pintu gerbang dari permata-permata besar, pannai dengan pintu gerbang – pintu gerbang yang mempunyai kolam mandi. Malaiyur purba dengan bukit yang kuat sebagai benteng, Mayirudingam yang dikelilingi oleh laut yang dalam (sebagai) parit, Ilangasoka yang berani dan keras hati dalam peperangan yang hebat, Mapappalam yang berlimpah dengan air yang dalam sebagai benteng pertahanan, Mavillimbangam yang dikawal oleh benteng-benteng yang indah, Valaippanduru yang memiliki bangunan bernama Valaippanduru, Talaittakkolam yang dipuji oleh tokoh-tokoh besar yang pandai dalam ilmu-ilmu, Tambralingga yang agong yang boleh bertindak dengan gigih dalam medan perang yang merbahaya, Illamuri-desam, yang hebat bangkit dalam peperangan, Nakkavaram yang agong, yang didalamnya terdapat taman-taman yang luas, madu lebah dapat dikumpulkan dan Kadaram yang mempunyai kekuatan yang hebat dipertahankan oleh laut yang dalam.”
Nama-nama kota yang telah diserang Tentera Rajendra Chola Deva I:
Kesimpulan dapat dibuat berdasarkan serangan Rajendra dari Chola ini adalah satu serangan yang berupa kepada balas dendam ekoran empayar Sampugita pernah menakluk negara Chola sebelum ini. Semasa serangan ini, Rajendra tidak menubuhkan sebarang kerajaan di Asia Tenggara sebaliknya mereka memusnahkan semua bukti ketamadunan yang pernah wujud sebelum kebangkitan Chola itu. Serangan ini juga berupa sebagai mesej bahawa Chola telah bangkit dan mengalahkan Sampugita. Bagaimanapun, O.W Walter menyatakan bahawa Prof. Paranvita mempunyai bukti bahawa Rajendra telah dibunuh oleh orang Melayu dalam tahun 1044 dalam serangan balas angkatan campuran dari Asia Tenggara yang berlaku di Ceylon dan India. |
|
PRASASTI PRUMBER
Ditemui di Prumber, India Selatan yang ditulis atas perintah Vira Rajendvadeva iaitu Putera Rajendra Chola Deva I, bertarikh tahun ke-7 pemerintahannya (1068 – 69) menytakan:
“Setelah menakluk negeri Kadaram, ia berkenan mengurniakan (kadaram) (kembali) kepada raja(nya) yang menyembah kaki(nya) (yang memakai) gelang kaki”
Ini membuktikan bahawa serangan Chola keatas Srivijaya lebih kepada serangan membalas dendam dan tidak bermotifkan politik. |
||
` | SUMBER CHINA | BUKU WEN-HSIEN TUNG-KAO
Ditulis oleh Ma Twan Lin dan beliau ada menyatakan terdapat suatu perutusan dari Pagan dalam tahun 1106 Masihi:
“Pada mulanya Maharaja mengeluarkan perintah supaya memberikan mereka sambutan yang serupa dan layani mereka dengan layanan yang sama, serupa dengan yang dilakukan terhadap duta-duta dari Chola (chu lien). Tetapi Presiden dari Lembaga Upacara memandang sebagai berikut : Chola adalah sebuah negara bassal bagi San fo chi. Itulah yang menyebabkan mengapa dalam tahun hi-ning (1068 – 1077) ia berpendapat adalah lebih baik untuk menulis kepada raja negeri itu diatas kertas kasar dengan sampul berbalut sutera yang tiada berhias. Sebaliknya Raja Pagan adalah pemerintah kerajaan yang mulia”
|
PRASASTI CANTON
Pada tahun 1957 sebuah batu bersurat dalam tulisan cina telah ditemui separuh ditenggalami tanah dalam sebuah pagoda usang di Canton. Batu itu masih dalam keadaan baik dan tulisan pada batu itu masih terpelihara. Ianya mencatatkan tentang pembinaan semula pagoda Tien Ching yang juga mercu tanda agama Tao. Berikut adalah catatan di batu bersurat tersebut: a) Suatu sejarah ringkas tentang pertumbuhan dan perkembangan agama Tao yang diasaskan oleh Lao Tzu. Dalam zaman Maharaja Sung pagoda ini dibangunkan. b) Dalam tahun 1052Masihi, pagoda ini telah dibinasakan oleh seorang penjahat, dan dalam zaman Chih Ping (1064 – 1067 Masihi) Yang Dipertuan Tertinggi bagi Tanah San-fo-ch’i, raja yang Maha Agong, Ti Hua Ka Lo, memerintahkan seorang pembesarnya Chih-Lo-Lo pergi ke Kota Canton. Chih Lo-Lo melihat, pagoda ini telah runtuh, asasnya tertanam dalam rimba. Kemudian dia kembali ke negerinya. Dalam tahun 1067Masihi ia menghantarkan Si Li Sha wen ke canton untuk membangunkan pintu gerbang besar pagoda. c) Sha Wen pulang ke negeri dalam tahun 1068 Masihi, ketika pembangunan dewan belum siap. Ia kembali semula dalam tahun ke-2 (1069) untuk menyudahkannya. Ia juga membina auditorium dan Edict DiRaja di sebelah barat Canton. d) Sekali lagi Sha Wen kembali ke negeri dan dalam tahun 1070 Masihi Yang Dipertuan bagi (San-fo-chi) sekali lagi menghantar Chih Lo-Lo untuk melantik Lo-Yin Chin, seorang sami untuk menjadi pengarah pentadbiran pagoda. Ia meminta kebenaran untuk membeli suatu sawah berharga 100,000 emas tunai, sebagai modal pagoda. Tetapi akhirnya beberapa sawah telah dibeli dengan harga 400,000 emas tunai, juga satu loceng besar dan satu loceng menara digantungkan. Dalam tahun 1079 Masihi pagoda itu telah siap dibina dan ianya sangat indah. “Ti Hua Ka Lo” dalam Prasasti Canton ini adalah merujuk kepada Raja Chola yang bernama Rajendra Deva Kulottonga, putera Vira Rajendradeva yang menyerang Kadaram (Kedah) dalam tahun 1068-69 Masihi, dalam bahasa Sanskrit ia digelar Deva Kulotongga.
Dewa Kulottonga ini menjadi raja dalam tahun 1070 Masihi setelah ayahandanya meninggalkan Kadaram. Setelah itu, tiada bukti menunjukkan empayar Sampugita (san-fo-ch’i) jatuh ke tangan Chola. Adalah dipercyai Dewa Kulottonga mengakui dirinya sebagai Yang Dipertuan Tertinggi San-fo-chi atas faktor politik yang dihadapi oleh empayar sampugita pada waktu itu. |

NOTA : MASIH TERDAPAT CATATAN YANG KAMI TEMUI, NAMUN IANYA MEMAKAN MASA UNTUK KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA. SILA HUBUNGI KAMI SEKIRANYA ANDA MEMERLUKAN SUMBER RUJUKAN BERKENAAN TOPIK INI. SEKIAN, TERIMA KASIH.