Panglima Munas Setia dengan DARAH!
Panglima Munas bin Tok Samad
BIODATA
Nama tubuh : Munas bin Samad
Ayah : Tok Samad (asal Kampung Saring)
Ibu : Wan Mah (asal dari keturunan Jembal)
Adik : Adam dan Minah
Setelah diangkat jadi Panglima
Isteri : Che Mah anak kepada Lebai Ali
Anak : Mat Tahir dan Mat Hassan
KISAH HIDUP
Seorang yang mahir bersilat semenjak kecil lagi dan membesar seperti orang kebanyakkan yang lain. Beliau belajar silat dari Panglima Puteh, sebelum itu, ayah beliau, Tok Samad juga adalah seorang guru silat, namun menyerahkan gelanggang tersebut kepada Panglima Puteh kerana keuzuran.
Beliau tinggal di Kampung Saring dalam daerah Jeram. Ketika itu, Jeram dibawah pemerintahan Tengku Seri Maharaja Jeram, Long Seri iaitu seorang keturunan Raja Jembal.
Beliau juga seorang guru al-Quran kepada anak kampung saring selain dari mahir bersilat.
Panglima Puteh amat menyayangi beliau kerana ketangkasan dan kepintaran dalam menuntut ilmu. Sudah tentu ada yang iri hati.
JADI PANGLIMA
Ekoran panglima Jeram yang ada telah uzur dan kurang tangkas, serta mereka ini telah lamabberkhidmat iaitu semenjak zaman Long Gaffar lagi. Baginda Long Seri telah menganjurkan satu pertandingan untuk memilih seorang Panglima dari rakyat biasa yang muda dan perkasa. Pembelotan dari menantunya; Long Senik Mulut Merah juga telah menyebabkan beliau menguatkan lagi benteng pertahanan Jeram. Pemilihan Panglima adalah salah satu strateginya.
Dalam pertandingan ini, Nik Awang yang sudah lama berdendam dengan Munas, telah menjadi seteru pada peringkat akhir. Sebenarnya mereka berdua ini rakan seguru dan membesar bersama di kampung saring. Nik Awang adalah anak pada Penghulu Kampung Saring manakala Munas adalah orang biasa tetapi Munas amat disenangi oleh orang kampung dan guru mereka. Ini membuatkan Nik Awang iri hati.
Ketangkasan dan kelincahan Munas ditambah dengan latihan dari Tok Samad, membolehkan beliau menewaskan Nik Awang dan ini menyemarakan kemarahan Nik Awang.
Pertandingan ini diadakan di Istana Maharaja Jeram dengan disaksikan sendiri oleh Long Seri. Kejayaan Munas membolehkan beliau ditabal sebagai Panglima Munas.
Tugasan pertama Panglima Munas ialah mengamankan kampung di Daerah Jeram yang diancam pencuri. Beliau berjaya menyelesaikan tugasan tersebut dengan matinya Nik Awang.
Tok Samad dan Wan Mah telah menjodohkan Panglima Munas dengan Che Mah anak kepada Lebai Ali. Tidak lama kemudian, pasangan ini telah menimang cahaya mata sulung yang dinamakan Mat Tahir.
MISI LONG SERI
Long Senik Mulut Merah telah mencuri Alat Kebesaran Kota Limbat beserta Keris yang bernama Pelangi Merbo yang berasal dari Jawa untuk naik takhta.
Baginda Long Seri dengan nasihat para pembesar telah menghantar angkatan perang untuk merampas kembali alat kebesaran tersebut. Angkatan ini diketuai oleh Long Mansor dengan dibantu oleh Panglima Munas.
Long Senik Mulut Merah telah mendapat tahu pengkhabaran ini telah menghantar satu angkatan tentera untuk menyekat kemaraan angkatan tentera Long Seri. Berlaku pertempuran dan Long Senik Mulut Merah berjaya mengundurkan pasukan Long Seri kembali ke Jeram.
Kemenangan ini membolehkan Long Senik Mulut Merah naik takhta dengan gelaran Sultan Muhammad 2 pada tahun 1835. Kecewa dengan kegagalan misi tersebut, Long Seri telah meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
PANGLIMA MUNAS, PAHLAWAN LONG MANSOR
Long Mansor, anak sulung Long Seri telah ditabalkan sebagai pengganti dan pusat pemerintahan beliau adalah di Machang.
Setelah ditabalkan, Sultan Muhammad menguasai tanah jajahan Long Seri iaitu dari daerah Limbat hingga ke Jeram.
Sebab itu, Long Mansur mengalih pusat pemerintahan beliau ke Machang yang termasuk dalam daerah Hulu Kelantan. Kawasan ini bukan dibawah kekuasaan Sultan Muhammad 2. Ketika itu, kawasan hulu Kelantan merangkumi Machang hingga ke Gua Musang dan diketuai oleh seorang Penghulu yang melaporkan secara terus Kebawah Duli Sultan Empayar Patani Besar.
Dulu, walaupun Kelantan mempunyai Sultan sendiri ianya adalah dibawah takluk Patani.
Panglima Munas tetap setia kepada pewaris Long Gaffar dan beliau terus berkhidmat dibawah pemerintahan Long Mansor walaupun tidak lagi berfungsi seperti era Long Seri. Ketika ini, beliau berulang alik antara Kampung Saring dengan Machang.
Tidak lama kemudian, Mat Hassan dilahirkan namun malang, isterinya Che Mah telah meninggal dunia ketika melahirkan Mat Tahir. Long Mansor telah menawarkan agar Panglima Munas tinggal di Istana yang bertempat di Machang bagi memudahkan beliau.
Semenjak itu, Mat Tahir dan Mat Hassan membesar di Istana. Long Mansor amat menyayangi kedua-dua anak Panglima Munas dan menganggap mereka sebagai anak sendiri, mereka juga bersahabat dengan Tengku Salleh, anakanda Long Mansur.
Panglima Munas telah melatih mereka dalam ilmu persilatan dan juga menghantar mereka ke Jeram bagi mendalami ilmu agama dari guru-guru agama yang terdapat sekitar Jeram.
Ketiga-tiga mereka membesar sebagai pemuda yang tangkas dan lincah serta pintar. Mat Hassan dan Tengku Salleh amat tertarik dengan ilmu agama dan mereka bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Kota Mekah. Hanya Mat Hassan ketika itu berusia 30 tahun berangkat ke Kota Mekah pada 1890. Tengku Salleh tidak dapat turut serta kerana beliau akan ditabalkan sebagai Tengku Mahkota.
DATO’ BAHAMAN DAN LONG MANSOR
Setahun setelah Mat Hassan berada di Kota Mekah, Dato’ Bahaman dan pengikutnya Tok Gajah serta Mat Kilau telah memberontak pada 8 Oktober 1891. Perjuangan mereka ini telah menemui kegagalan kerana mereka tidak mahu berperang dengan Sultan Ahmad, Pahang.
Mereka berjuang bukan kerana cukai tetapi kerana Inggeris telah mencampuri urusan agama dan menjajah Pahang. Sultan Ahmad pula telah menuduh mereka sebagai penderhaka ekoran hasutan dari Penasihat British.
Tidak mahu berperang dengan Sultan, Dato’ Bahaman dan Keluarga, Tok Gajah dan Mat Kilau serta 12 orang pengikut telah menemui pasukan memburu Long Mansor di Ulu Sat, hulu Kelantan dan mereka diberi perlindungan oleh Long Mansor.
Baginda Sultan Mansur ketika itu baru menaiki takhta pada 1891 menggantikan Sultan Muhammad 3 yang hanya sempat memerintah selama setahun. Baginda mengetahui tentang hal Dato Bahaman yang menjadi buruan British dan telah menemui Long Mansor di Machang. Baginda meminta Long Mansur melindungi Dato’ Bahaman dan pengikutnya kerana menurut Baginda, Dato Bahaman adalah kenalan keluarga baginda. Perkara ini disaksikan oleh Panglima Munas.
Dato Bahaman telah membina penempatannya di Sungai Ampul, iaitu cawangan sungai lebir, ulu Kelantan. 2 tahun mereka aman dan akhirnya ada talibarut British telah membocorkan rahsia.
Sebenarnya ini adalah helah dari Sultan Mansor untuk mengelak dirinya dituduh melindungi Dato Bahaman oleh British yang ketika itu menjadi buruan mereka.
1893, British dapat mengesan kedudukan Dato Bahaman yang bersembunyi di Kelantan. Mereka telah menghantar wakil menemui Sultan Mansor untuk mendapatkan kebenaran menangkap Dato Bahaman. Baginda menyatakan bahawa kawasan itu adalah kawasan pentadbiran Siam di Bangkok dan meminta wakil British itu ke Bangkok.
Di Bangkok, wakil British telah menemui Raja Siam dan mereka telah mendapat kebenaran untuk menangkap Dato Bahaman. Raja Siam juga bertitah, andai Dato Bahaman tidak dapat ditangkap, maka tangkaplah orang yang melindungi atau sesiapa yang disyaki melindungi penderhaka itu.
Wakil Inggeris bersama askar Siam menuju ke Machang. Berita ini telah disampaikan kepada Long Mansur oleh Panglima Munas. Baginda telah merujuk kepada Tengku Chik Tua Machang tentang perkara tersebut. Tengku Chik telah meminta Long Mansor supaya tidak melawan Siam kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sementelahan, Tengku Salleh ada di Kota Bharu dan melawan Siam boleh mengancam nyawa Tengku Salleh.
Baginda meminta Panglima Munas memanggil Dato Bahamam datang menghadap. Long Mansur telah meminta Dato Bahaman supaya berundur dari Machang. Ketika bersiap untuk berundur, Dato Bahaman telah dikepung. Tingginya ilmu Dato Bahaman membolehkan beliau dan pengikut melepaskan diri walaupun dikepung dari kiri dan kanan, depan dan belakang.
Siam tidak berpuashati, dan mereka telah menangkap Long Mansor, Tengku Ahmad, Pak Nik Ya penghantar bunga emas, Dato Lela Perkasa Lundang dan Tuan Tabal. Mereka telah dibawa ke Bangkok sebagai ganti kepada Dato Bahaman.
Panglima Munas kecewa dengan pekara ini dan menuduh Sultan yang bertanggungjawab tentang hal penangkapan Long Mansur kerana Sultan yang meminta Long Mansur memberi perlindungan kepada Dato Bahaman.
HILANGNYA SEORANG WIRA
Setelah Long Mansur ditangkap Siam, Long Demor telah ditabal sebagai Tengku Seri Maharaja Jeram dengan pusat pemerintahannya di Jeram, Pasir Puteh. Panglima Munas terus berkhidmat dengan Istana.
1896, iaitu setelah 3 tahun ditahan beberapa orang telah dibebaskan oleh Siam. Tengku Ahmad selamat tiba di Kota Bharu, namun amat malang kerana Long Gaffar telah mati dibunuh Siam ketika dalam tahanan. Mayat baginda ditanam dalam selut dan hal ini disampaikan oleh Tok Kancil iaitu pengawal peribadi Long Mansor ketika ditahan di Bangkok.
Hal ini telah membangkitkan amarah Panglima Munas dan juga pembesar jeram ketika itu ekoran kematian Long Yunus. Panglima Munas telah ke Istana dan menghadap Sultan Mansur, beliau telah menyampaikan hasrat beliau agar Kelantan menuntut bela atas Kematian Long Mansur. Sultan enggan menurut hasrat Panglima Munas.
Beliau menghadap pula Tengku Maharaja Jeram bagi mendapatkan sokongan untuk menuntut bela atas kemangkatan Long Mansur. Namun jawapannya senada dengan Baginda Sultan.
Panglima Munas yang mendapat sokongan dari penduduk Jeram serta Mat Tahir dan Tengku Salleh telah berangkat ke Istana untuk melancarkan mogok. Mogok ini telah menggusarkan Sultan Mansor kerana makin lama, makin ramai orang yang turut serta dalam mogok tersebut. Sultan telah menitahkan kepada pengawal agar menghalau orang yang mogok dan kalau berdegil, bunuh sahaja mereka.
Provokasi telah dilakukan oleh pengawal Istana dan mereka telah tertikam perut Mat Tahir dan meninggal di pangkuan Panglima Munas. Setelah itu berlakulah pertempuran. Panglima Munas akhirnya meninggal setelah terkena tikaman dari arah belakang.
Perjuangan Panglima Munas dalam menuntut bela kematian Long Mansor berjaya dipatahkan dan Tengku Salleh telah ditangkap dan dibuang negeri…….
Tamatlah riwayat Panglima Munas bapa kepada Mat Hassan atau dikenali sebagai Tok Janggut.
Episod baru kerajaan Jeram bermula pada 1910…..
SEKIAN!!!!
PENAFIAN : ARTIKEL INI ADALAH ADAPTASI DARI NOVEL YANG BERTAJUK TOK JANGGUT : PAHLAWAN KELANTAN, TULISAN ABDUL LATIP TALIB TERBITAN PTS LITERA UTAMA. ISBN : 978-983-3892-86-0 (2010).
JATUH BANGUN KELANTAN : MERDEKA DAN DITAKLUK
PENDAHULUAN
Suatu ketika dahulu Kelantan adalah sebuah negeri yang kuat yang mempunyai hubungan perdagangan dengan kerajaan kuno China, Champa dan India tetapi menjadi negeri jajahan kepada Empayar Majapahit pada abad ke-13 dan 14. Kelantan merdeka di bawah Raja Kumar dalam tahun 1411. Ia menjadi pusat perdangangan dan kewangan yang penting semasa abad ke-15 tetapi tunduk kepada Melaka pada tahun 1499. Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511 dan Kelantan tidak termasuk dalam penaklukan ini kerana terdapat persefahaman antara pemerintah. Namun ianya ditawan kembali oleh Siam dibawah Patani 1 pada 1603. 1760, Kota Kubang Labu telah ditubuhkan Long Bahar dan beliau telah menyatukan Kelantan semula, tetapi takhta beliau telah dipaksa turun takhta empat tahun kemudian. Long Yunus telah mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan pada 1764 tetapi Kelantan jatuh kepada Terengganu setelah kematian baginda. Long Muhammad anakanda Long Yunus telah mengisytiharkan diri sebagai Sultan pada 1800. Baginda diiktiraf oelh Kerajaan Siam sebagai pemerintah Kelantan yang sah pada 1812. Namun sekali lagi Kelantan tertakluk, kini dibawah British melalui Perjanjian Bangkok 1909. British membayar semua hutang Kelantan kepada Siam yang selaku penaungnya. Negeri Kelantan menjadi salah sebuah negeri-negeri Melayu tidak bersekutu pada 1911.
Jepun menawan Kelantan pada 8 December 1941. Pemerintah Jepun telah memindahkan kekuasaan British di Kelantan kepada Kerajaan Thai pada 1943. Negeri ini merdeka dari pendudukan Jepun pada 8 September 1945 dan menjadi sebuah Negeri Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Ogos 1948. Kelantan telah menyertai negeri-negeri semenanjung lain untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan menjadi sebuah negeri dalam Malaysia pada 16 September 1963.
RINGKASAN
NAMA LAMA BAGI KELANTAN | PENAKLUK / PENJAGA | MERDEKA |
Langkasuka | MAJAPAHIT : Abad 13 – 14 | 1411 di Bawah Raja Kumar dan wujudnya Kerajaan Chermin |
Chermin | MELAKA : 1499 | 1511 Apbila Portugis Menakluk Melaka |
Jembal | Siam (Patani) : 1603 | 1603 – Kelantan berpecah belah |
Kota Kubang Labu : 1760 diasaskan oleh Long Bahar | Long Yunus : 1764 apabila Long Bahar disingkirkan | 1764- Apabila Long Yunus Isytihar diri sebagai Raja Kelantan |
Kelantan | Terengganu : 1795 | 1812 setelah Siam Iktiraf Long Muhammad sebagai Sultan dan Kelantan sebagai Negeri Berdaulat |
Kelantan | British: 1909 Melalui Perjanjian Bangkok antara Siam dan British. | Terus dibawah taklukan British hingga Perang Dunia Kedua |
Kelantan | Jepun | 1945 Jepun Menyerah Kalah |
Kelantan | Negeri Persekutuan Tanah Melayu : 1 Ogos 1948 | Kelantan turut serta bersama-sama negeri semenanjung. |
Kelantan | Persekutuan Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 bersama-sama negeri Semenanjung Tanah Melayu. |
Kelantan | Malaysia | 16 September 1963 sebagai salah sebuah Negeri Malaysia. |
PERKEMBANGAN KELANTAN : PENASIHAT SIAM DAN BRITISH
Ketika Sultan Muhammad IV memerintah Kelantan, Siam dan British telah menjadi penasihat kepada Kerajaan Kelantan dalam membuat keputusan berkaitan pentadbiran. Hal ini berlaku melalui (tanpa pengetahuan baginda Sultan) memorandum yang dibuat oleh Phya Sri Sahadheb kepada Lord Lansdowne pada 6 September 1906. Dalam memorandum ini, Phya Sri Sahadheb telah meminta bantuan dari Empayar British kerana mereka tidak mampu mengekang kebangkitan Orang Melayu di Patani, Kelantan dan Terengganu.
Seperti yang kita sedia maklum, Kelantan membayar ufti kepada Siam sebagai jaminan untuk keselamatan negeri Kelantan, manakala Siam menganggap Kelantan adalah negeri naungannya. Memorandum ini sebenarnya dibuat diluar pengetahuan Sultan Kelantan.
Setelah itu, telah dibuat satu perjanjian antara Siam dan British pada 1909 yang mana Siam menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah kepada British dan Patani kepada Siam.
Setelah itu, Kelantan terus menerima penasihat-penasihat ini.
PERKEMBANGAN KELANTAN
Semasa Zaman Penasihat Siam (1903-1909)
- 1904 : Pasukan polis Kelantan dibesarkan dengan anggota berjumlah kira-kira 200 orang yang separuh daripadanya di lengkapi dengan senjata moden iaitu rifel. Mereka ditempatkan di Balai Polis Pusat di Kota Bahru dan 5 balai kecil.
- 1904 : sebuah bangunan sekolah Melayu telah dibina di Padang Bank (Padang Merdeka), Kota Bharu. Ianya dikendalikan oleh Dato ‘Mohd Ghazali bin Mohd Ariffin yang kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Pertama Kelantan (1922-1930).
- 1905: beberapa buah mahkamah telah ditubuhkan di Kota Bharu, iaitu Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Balai bertempat di Istana Balai Besar. Mahkamah Tengah dan Rendah di MAIK, Kelantan di Jalan Sultan dan sebuah Mahkamah Rendah telah didirikan di Batu Mengkebang Ulu Kelantan.
- 1906: Kerajaan Negeri Kelantan dengan persetujuan Sultan Muhammad ke IV telah mengeluarkan wang sendiri yang dipanggil pitis untuk kegunaan orang ramai. Pitis ini diperbuat daripada timah berbentuk bulat berkeping dan berlubang, bernilai 5 keping bersamaan 1 sen.
- 1907: sebuah pasar telah dibina di kawasan Jalan Post Office Lama (sekitar Hotel Diamond Puteri) di tepi Sungai Kelantan. Pasar ini telah dirobohkan pada tahun 1930an setelah pasar baru di Jalan Temenggong dan Dato Pati dibina.
Semasa Zaman Penasihat British (1909-1920}
- 16 Julai 1910: Kerajaan Kelantan telah siap membina sebuah Jambatan merentangi Sungai Keladi menghubungkan Bandar Kota Bharu dengan kawasan-kawasan tepi pantai dikenali dengan Gertak Mason mengambil sempena nama Penasihat British.
- 1913 : Jalan Keretapi menghubungkan Tumpat dengan Bukit Remah di Tanah Merah, Kelantan siap dibina. Pembinaan jalan keretapi ini adalah hasil rundingan Sultan Muhammad Ke IV dengan Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu
- 1914: telah dibina jalan keretapi dari Tumpat ke Thailand.
- 24 Disember 1915 : Sultan Muhammad IV telah menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, sebuah institusi keagamaan yang tertua di negara ini. Tujuan utamanya ditubuhkan ialah untuk mengembangkan syiar Islam dengan lebih teratur.
- Julai 1916 : Sultan Muhammad IV telah bersetuju dan berkenan menggunakan gelaran Darulnaim untuk negeri Kelantan dengan sebutan Kelantan Darulnaim.
Rujukun :
- Wikipedia
- History of Kelantan 1890 – 1940, Shahril Talib (1995) ISBN 983-99614-8-9, Terbitan MBRAS