Istana Jahar : Kekal Utuh sebagai Bukti Kesultanan Kelantan
Istana Jahar, sebuah Istana kebanggan Rakyat Kelantan dahulu dan kini. Ianya masih tersergam indah di Bandraya Islam, Kota Bharu. Ianya terletak berhampiran Istana Balai Besar. Ia juga antara istana-istana menarik yang terdapat di Kota Bharu.
Istana ini mula dibina semasa pemerintahan Long Senik Mulut Merah atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad II (1837 – 1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar. Sultan Muhammad II membina istana ini adalah untuk dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara. Setelah kemangkatan Sultan Muhammad II pada 1886, Long Sulong yang lebih dikenali sebagai Sultan Ahmad telah menyambung pembinaan istana ini hingga sempurna.
Sultan Ahmad telah mangkat pada tahun 1889 dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Long Kundur Bendahara dengan gelaran Sultan Muhammad III. Baginda telah menjadikan Istana Jahar sebagai Balai Besar dan tempat persemayaman baginda.
Sultan Muhammad IV telah menaiki takhta setelah kemangkatan mengejut Sultan Muhammad III. Baginda telah menjadikan Istana Balai Besar sebagai tempat bersemayam, dan Istana Jahar masih lagi digunakan. Sebenarnya istana ini tidak mempunyai nama sehinggalah pada tahun 1911 sekembalinya baginda dari lawatan ke Singapura. Istana ini beri nama sempena daripada nama sejenis pokok bunga yang menghiasi halaman Istana Jahar. Kemudiannya, istana ini dikurniakan kepada puteranya Tengku Ismail yang bergelar Tengku Seri Indera Mahkota.
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad IV pada 1920, Tengku Ismail menggantikan baginda dengan gelaran Sultan Ismail dan bersemayam di Istana Jahar yang dikurniakan oleh Almarhum ayahanda baginda.
Sultan-sultan Kelantan yang kemudian seperti Sultan Ibrahim (1944-1960) dan Sultan Yahya Petra (1961-1979) tidak lagi bersemayam di Istana Jahar sebaliknya mempunyai istana sendiri.
Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara. Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.
Istana Jahar yang terletak di sisi Istana Balai Besar di tengah-tengah bandar Kota Bharu adalah contoh warisan seni bina Melayu yang indah dan menarik. Sekiranya anda berkesempatan berkunjung ke sini, Istana Jahar dan istana-istana lain di sekitarnya jelas kelihatan di tengah-tengah bangunan baru dan moden. Namun pembangunan pesat kawasan sekitarnya tidak menjejaskan bangunan warisan bangsa yang banyak menyimpan rahsia sejarah.
Penasihat British di Kelantan (1909 – 1939)
No |
Penasihat |
Berkhidmat kepada |
Tarikh Berkhidmat |
Tempoh |
1 |
J.S Mason |
Sultan Muhammad IV |
15/7/1909 – 19/10/1911 |
1 Tahun 3 Bulan |
2 |
J.E Bishop |
Sultan Muhammad IV |
19/10/1911 – 3/3/1913 |
1 Tahun 5 Bulan |
3 |
T.W. Clayton |
Sultan Muhammad IV |
3/3/1913 – Akhir Bulan Mac |
3 Bulan |
4 |
W. Langham Carter |
Sultan Muhammad IV |
Mac 1913 – 17 Ogos 1915 |
2 Tahun 7 Bulan |
5 |
R.J. Farrer |
Sultan Muhammad IV |
17 Ogos 1915 – 7 Februari 1919 |
3 Tahun 6 Bulan |
6 |
J.W.W Hughes |
Sultan Muhammad IV |
7 Februari 1919 – 23 Februari 1919 |
16 Hari |
7 |
H.W Thomson |
Sultan Muhammad IV |
23 Februari 1919 – 29 Mac 1920 |
1 Tahun 1 Bulan |
8 |
A.F. Worthington |
Sultan Muhammad IV |
29 Mac 1920 – 28 Desimber 1920 |
8 Bulan |
9 |
H.W.Thomson |
Sultan Muhammad IV dan Sultan Ismail |
29 Disember 1920 – 31 Ogos 1922 |
1 Tahun 8 Bulan |
10 |
A.F. Worthington |
Sultan Ismail |
31 Ogos 1922 – 16 April 1924 |
1 Tahun 8 Bulan |
11 |
H.C. Eckbardt |
Sultan Ismail |
16 April 1924 – 2 May 1925 |
1 Tahun |
12 |
W.F. Worthington |
Sultan Ismail |
2 Mei 1925 – 15 Disember 1925 |
7 Bulan |
13 |
G.E. Shaw |
Sultan Ismail |
16 Disember 1925 – 27 Julai 1926 |
7 Bulan |
14 |
C.C. Brown |
Sultan Ismail |
28 Julai 1926 – 7 Ogos 1926 |
8 Hari |
15 |
W.M. Millington |
Sultan Ismail |
8 Ogos 1926 – 26 Mac 1927 |
7 Bulan |
16 |
G.E. Shaw |
Sultan Ismail |
26 Mac 1927 – 6 September 1927 |
6 Bulan |
17 |
R.J.B Clayton |
Sultan Ismail |
6 September 1927 – May 1930 |
2 Tahun 6 Bulan |
18 |
A.S. Haynes |
Sultan Ismail |
May 1930 – 29 April 1931 |
11 Bulan |
19 |
Capt. T.P. Coe |
Sultan Ismail |
4 May 1931 – 24 Disember 1931 |
7 Bulan |
20 |
A.S Haynes |
Sultan Ismail |
26 Disember1931 – 30 Mac 1933 |
1 Tahun 3 Bulan |
21 |
Capt. A.C. Baker |
Sultan Ismail |
30 Mac 1933 – 12 Mac 1936 |
3 Tahun |
22 |
G.A. de C Moubray |
Sultan Ismail |
12 Mac 1936 – 24 Oktober 1936 |
7 Bulan |
23 |
A.C. Baker |
Sultan Ismail |
24 Oktober 1936 – 1938 |
2 Tahun |
24 |
E.T. Williams |
Sultan Ismail |
1939. |
Hingga Pecah Perang Dunia ke-2 |
LAGU NEGERI KELANTAN : SELAMAT SULTAN KELANTAN
Lagu Negeri Kelantan iaitu Lagu Selamat Sultan berlatarbelakang Sembah Tahniah dari Yayasan Islam Kelantan sempena Pengisytiharan KDYMM Sultan Muhammad V Memegang Jawatan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong pada Selasa 13 Disember 2011M.
LAGU INI DINYANYIKAN KETIKA
1) Perhimpunan Sekolah
2) Perhimpunan Jabatan Kerajaan
2) Konvokesyen UMK
Kini kami siarkan di KPSK untuk anda naikan semangat ANDA sebagai ANAK KELANTAN!!!
DAULAT TUANKU!!
ALLAHUAQBAR!!! ALLAHUAQBAR!!! ALLAHUAQBAR!!!
Pemerintah Kelantan dari 1183 – 2012
Sumber Asal dari www.wikipedia.org
Senarai Raja / Sultan Kelantan
Dinasti awal Langkasuka
- 1183-1233: Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhusana Varma Deva Brahma
- 1233-1253: Maharaja Suran (Raja Surendra)
- 1253-1267: Maharaja Thilam (Raja Tilam)
- 1267-1296: Paduka Maharaja Sri Sakranta (Raja Zainuddin)
- 1296-1318: Paduka Maharaja Sri Sang Tawal (Raja Abdullah)
- 1318-1348: Raden Galuh Gemerenchang Paduka Che Siti Wan Kembang I (Raja Kelantan-Selatan)
Zaman Dinasti Chermin
Dinasti Chermin atau kerajaan Chermin ialah kerajaan yang memerintah Langkasuka, Kelantan dan Singgora. Kerajaan ini pernah meluaskan jajahan takluknya hingga meliputi Kedah, Perak, utara Sumatra dan Champa. Keturunan Raja-raja kerajaan ini memerintah Kelantan dan Champa di Vietnam.
- 1339-1362: Sultan Mahmud Ibni Adullah, putera kepada Paduka Sri Sang Tawal, Raja Langkasuka. Menjadi Raja Langkasuka selepas kemangkatan ayahandanya, dan mengasaskan Kerajaan Chermin. Meluaskan empayar kerajaan Chermin dengan menakluk Perak, Kedah, Champa dan utara Sumatra. Dikalahkan oleh kerajaan Sukhotai pada tahun 1345 dan membayar ufti kepada Sukhotai. Masuk Islam dan menggunakan gelaran Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam. Memindahkan ibu kota ke Bukit Panau. Kerajaannya menjadi taklukan Majapahit selepas Majapahit mengalahkan Sukhotai pada tahun 1357. Mangkat pada tahun 1362
- 1391-1418: Sultan Baki Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud, Raja Kerajaan Chermin (Langkasuka-Kelantan-Singgora)
- 1418-1429: Sultan Sadik Muhammad Shah. Memindahkan pusat pemerintahan kerajaan Chermin ke pedalaman Nenggiri
- 1429-1467: Sultan Iskandar
- 14xx-1522: Sultan Mansur Shah (Kelantan)
- 1522-1526: Sultan Gombak ibni Almarhum Sultan Mansur Shah
- 1526-1547: Sultan Ahmad Shah
- 1547-1561: Sultan Mansur Shah Ibni Sultan Ahmad
- 1561-1565: Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur
- 1565-1570: Sultan Umar Bin Raja Ahmad
- 1570-1579: Sultan Ibrahim Ibni Sultan Mansur (kali kedua)
Dinasti Champa-Jembal
- 1579-1597: Sultan Adiludin Ibni Al-Marhum Nik Jamaluddin, Menjadi Raja Kelantan merangkap Timbalan Raja Champa
- 1597-1602: Sultan Muhammad Ibni Sultan Ibrahim
- 1605-1616: Sultan Samiruddin
- 1616-1637: Sultan Abdul Kadir
- 1637-1649: Raja Sakti ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir
- 1649-1663: Raja Loyor
- 1663-1667: Raja Bahar
- 1667-1671: Puteri Saadong
- 1671-1676: Sultan Abdul Rahim
- 1676-1721: Sultan Umar
Dinasti Datu Pattani
- 1721-1734: Long Bahar Ibni Wan Daim, putera kepada Datu Pengkalan Tua Pattani Wan Daim. Menjadi Raja Patani pada tahun 1715 tetapi digulingkan oleh Raja Bendang Badan pada tahun 1716. Berkahwin dengan Raja Perempuan Pattani bernama Raja Mas Kelantan dan Raja Pah Binti Raja Sakti II. Menjadi Raja Kelantan dan ditabalkan di Kota Jembal menggantikan mertuanya yang mangkat pada tahun 1721 dengan persetujuan dari isterinya Raja Pah Binti Raja Sakti II dan adinda isterinya iaitu Raja Kecil Sulung.
- 1734-1739: Raja Long Sulaiman (Kali pertama)
- 1739-1746: Interregnum (Perang Saudara)
- 1746-1756: Raja Long Sulaiman (Kali kedua)
- 1756-1758: Raja Long Pandak
- 1758-1763: Raja Long Muhammad
- 1765-1795: Long Yunus
- 1795-1800: Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad (putera ke-6 Sultan Mansur Terengganu, menggunakan gelaran Raja dan Yang Di Pertuan Muda Kelantan dan juga menantu Long Yunus)
- 1800-1835: Sultan Muhammad I (putera ke-6 Long Yunus)
- 1835-1837: Yang Di-Pertuan Muda Long Zainal (putera ke-5 Long Yunus)
- 1837-1886: Sultan Muhammad II (Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah) mempunyai zuriat iaitu:
- Tengku Puteri Long Sulong binti Sultan Muhammad II (berkahwin dengan Sultan Ahmad Tengah, kerabat Raja Trengganu)
- Tengku Nanik binti Sultan Muhammad II (berkahwin dengan Tengku Long Puteh ibni al-Marhum Tengku Long Muhammad, Raja Pattani)
- Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar ibni al-Marhum Sultan Muhammad II (pewaris tahta, keturunan Long Yunus)mempunyai zuriat iaitu
- Tengku Long Ahmad ibni al-Marhum Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Panglima Raja Kelantan) mempunyai zuriat iaitu:
- Tengku Iskandar ibni al-Marhum Tengku Long Ahmad Tengku Panglima Raja Kelantan
- Tengku Shaheera Ilani Binti Tengku Iskandar (pelakon Halimah Jongang)
- Al-Marhum Tengku Datuk Muhammad Zaid Ibni Al-Marhum Tengku Panglima Raja Kelantan, bekas MP Pasir Mas
- Tunku Puan Nora, mantan Sultanah Johor, isteri kepada Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim (Sultan Johor ke-23)
- Tengku Zanariah, mantan Sultanah Johor, isteri kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail (Sultan Johor ke-24)
- Tengku Iskandar ibni al-Marhum Tengku Long Ahmad Tengku Panglima Raja Kelantan
- Tengku Long Ahmad ibni al-Marhum Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Panglima Raja Kelantan) mempunyai zuriat iaitu:
Sultan Kelantan (Permulaan dari Keturunan Raja Terengganu)
- 1886-1890: Sultan Ahmad (Tengah) ibni al-Marhum Raja Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur I Riayat Shah,Trengganu (putera ke-4 Tengku Muhammad dan juga menantu Sultan Muhammad II)
- 1890-1891: Sultan Muhammad III
- 1891-1900: Sultan Mansur (adinda Sultan Muhammad III)
- 1900-1920: Sultan Muhammad IV (putera Sultan Muhammad III)
- 1920-1943: Sultan Ismail (putera Sultan Muhammad IV)
- 1945-1960: Sultan Ibrahim Petra (putera ke-2 Sultan Muhammad IV)
- 1960-1979: Sultan Yahya Petra
- 1979-2010: Sultan Ismail Petra
- 2010-kini: Sultan Muhammad V
Kerabat Diraja Kelantan
Sultan Kelantan melantik kerabat-kerabatnya ke jawatan Raja Bergelar untuk membantu pentadbiran negeri. Di antara jawatan Raja-raja bergelar itu ialah:
- Raja Muda – Diwujudkan semasa zaman Sultan Muhammad I untuk bakal raja Sultan Kelantan. Diantara yang pernah memegang jawatan ini ialah Long Ismail, Long Jenal, dan Long Zainal Abidin (nenda Tengku Razaleigh Hamzah). Tidak semestinya Raja Muda menaiki takhta Kelantan. Sebagai contoh Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) ialah putera Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan ibni DYTM Long Yunus.
- Tengku Sri Indra – jawatan bagi menggantikan Raja Muda. Diwujudkan semasa Sultan Muhammad III. Diantara yang pernah memegang jawatan ialah Sultan Muhammad IV, Sultan Ismail I, dan Sultan Ibrahim
- Tengku Mahkota – Jawatan bagi menggantikan gelaran Tengku Sri Indra, diwujudkan semasa zaman Sultan Ibrahim. Putera sulung Sultan Ibrahim iaitu Tengku Abdullah memakai gelaran Tengku Besar Indra Petra manakala adiknya Tengku Yahya Petra menjadi tengku mahkota dan berjaya menaiki takhta Kelantan dengan gelaran Sultan Yahya Petra. Penyandang sekarang ialah Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra
- Tengku Bendahara / Raja Bendahara Banggol
- Tengku Temenggong
- Tengku Laksamana – Tengku Abdul Halim Ibni Sultan Ibrahim
- Tengku Panglima Raja – Datuk Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz. Diantara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Long Ahmad Ibni Tengku Temenggong Long Abdul Ja’far Ibni Sultan Muhammad II
- Tengku Sri Maharaja – Tengku Muhammad Hamzah bapa Tengku Razaleigh
- Tengku Sri Utama Raja – Tengku Abdul Aziz bin Tengku Muhammad Hamzah
- Tengku Sri Akar Raja – Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah Ibni Sultan Sulaiman Syarafuddin Syah (Raja Pattani terakhir yang dibuang negeri ke Kelantan) dianugerahi gelaran ini oleh Sultan Muhammad IV setelah berkahwin dengan Tengku Kembang Petri Binti Sultan Muhammad IV. Tengku Abdul Kadir adalah dari keturunan Raja Muda Long Ismail ibni DYTM Long Yunus