Tag Archives: tanah merah

Danau To Uban dan Masjid Brunei Darulsalam


Pandangan dari Penduduk Setempat

Danau To’Uban berada dalam Kampung To’Uban merupakan sebuah kawasan yang sering dikunjungi orang ramai dan terletak 20 kilometer dari bandar Pasir Mas. Pada asalnya ianya hanya sekadar sebuah sawah padi yang pada awalnya merupakan sebuah alur sungai yang agak sempit sekadar sebuah tempat untuk menakung air semata-mata. Dahulunya kawasan Danau ini adalah tempat penduduk mengerjakan sawah padi.

Namun akibat hujan yang sering turun di Sungai Cegor di Tanah Merah terus mengalir melalui beberapa saliran meyebabkan kawasan berkenaan tidak mampu menampung air yang melimpah lantas mengalir ke pintu gate di Kampung To’ Uban. Apabila pintu gate sering dibuka untuk menghalang air dari melimpah tebing dan terus mengalir laju ke kawasan sawah terbabit. Akhirnya jumlah air yang banyak ini telah menyebabkan tebing sungai runtuh dan terjadilah Danau yang kita lihat pada hari ini.

Sudut Sejarah Teks

Begitulah cerita harafiah daripada penduduk setempat di Danau To’Uban. Sebenarnya kawasan danau ini dahulunya adalah lokasi Empayar Kerajaan Chermin sebuah kerajaan Kelantan purba dengan Jiddah sebagai ibu kotanya. Ia menjadi pusat perdagangan dikawasan tersebut yang dihubungkan melalui Sungai Kelantan. Nabi Sulaiman a.s. juga dikatakan pernah sampai kekawasan ini suatu masa yang tidak dapat dipastikan dan ianya ada tercatat dalam Kita Yahudi seperti pernah kita sebut dalam entiri ini.

Semasa kegemilangan Chermin (Danau Tok Uban) Jiddah mempunyai emas yang sangat banyak namun ia telah tenggelam ekoran daripada bencana alam. Sesetengah sumber mengatakan telah berlaku satu gempa bumi@tsunami hingga menyebabkan Kota Jiddah ini tenggelam bersama-sama emas ini. Kemudian pemerintah Chermin ketika itu telah memindahkan pusat pentadbiran Chermin ke Nenggiri satu kawasan di pedalaman Kelantan kini yang terletak dalam Jajahan Gua Musang.

Ringkasnya, didasar danau ini terkandung emas yang banyak dan menurut orang yang mempunyai pandangan kasyaf di kawasan tersebut, harta-harta ni akan digunakan pada akhir zaman semasa kebangkitan semula Islam.

Terdapat beberapa hadis yang ada menyebut tentang Timur. Antaranya:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

 Sabda Nabi s.a.w.: “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

 

Masjid Brunei

Masjid Brunei terletak di Danau Tok Uban atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas. Kedudukannya di hujung jalan kampung. Pada awalnya tiada ramai yang tahu tentang masjid ini, namun setelah 20 tahun pembinaannya, ia mula menjadi popular kerana ada kaitan dengan Sultan Brunei.

Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H.

Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah kepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok.  Suasana di kawasan Masjid ini amat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan sesuai dijadikan kawasan pengajian terutama Tahfiz.

PEMBINAAN

Pada awalnya penduduk kawasan ini mahu membina sebuah masjid namun kekurangan sumber kewangan. AJK Masjid telah menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei ketika itu untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan, dengan izin Allah s.w.t. Sultan Brunei memperkenankan permintaan mereka dan Baginda sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan terima kasih Masjid ini telah dinamakan sebagai Masjid Brunei Darussalam.

Tiada misteri yang terselindung disebalik pembinaan Masjid ini. Baginda Sultan Brunei berkenan untuk membina kawasan ini kerana leluhur Kesultanan Brunei berasal dari kawasan ini. Dahulunya kawasan ini adalah tempat Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Beliau telah menghantar salah seorang anaknya untuk berdakwah ke Borneo dan akhirnya ditabal menjadi Sultan Brunei dan dari sinilah berkembangnya Kesultanan Brunei kini.

Sebagai tanda ingatan, Baginda memperkenankan pembinaan masjid ini.

Sumber :

  1. Azmi Pasak
  2. Blog Amirez


BUKIT PANAU : SATU CERETRA


Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan

PERMULAAN

Bukit Panau adalah salah satu tempat tarikan bagi pengunjung yang inginkan panorama pemadangan indah dari puncaknya (720 meter aras laut). Bukit panau terletak 20 km daripada Bandar Tanah Merah. Kedudukannya yang berada di tengah-tengan jalan yang menghubungkan Jajahan Tanah Merah dengan Jajahan Pasir Mas memberikan kemudahan bagi mereka yang ingin mengunjunginya.

SEJARAH BUKIT PANAU

Sumber mengatakan bahawa Mount Ophir  yang disebut dalam Kitab Yahudi merujuk kepada Bukit Panau setelah kajian dan penyelidikan dilakukan dan bukan Gunung Ledang. Mount Ophir disebut-sebut kerana ianya menjadi tempat yang pernah dilawati oleh Nabi Sulaiman alaihisalam.

Begitu banyak sekali artikel diblog dan forum yang mengatakan perihal Sayyid Hussien Jamadil Qubra dan Laksamana Hang Tuah di Bukit Panau ini. Perkara ini diulas berdasarkan buku Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah s.a.w dan Keturunan Kesultanan Melayu.

Sayyid Hussein Jamadil Qubra adalah ketua Wali 7 yang bermudik dengan kapal dari Mekah bersama adiknya Syeikh Thana’uddin lalu singgah sebelah Bukit Panau sekitar tahun 1349 Masihi selepas membina Masjid Kg. Laut iaitu masjid tertua di Malaysia yang struktur binaannya adalah tanpa paku.

Masjid Kampung Laut di Nilam Puri

Masjid Kg. Laut pada asalnya terletak di Kampung Laut berhampiran Sungai Kelantan tetapi dipindahkan ke Nilam Puri bertentangan dengan UM Cawangan Kampus Islam atas sebab tapaknya semakin terhakis dan ditenggelami air yang sekarang ni dah menjadi sungai.

Salah seorang anak Sayyid Hussein Jamadil Qubra dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja kepada Sultan Brunei sekarang.

LAKSAMANA HANG TUAH

Syeikh Thana’uddin adik kepada Sayyid Hussien Jamadil Qubra telah menetap di Bukit Panau sebagai tempat pertapaan. Disinilah Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya datang berguru dengan Adi Putera iaitu nama gelaran kepada Syeikh Thana’uddin. Jarak Kota Melaka dengan Bukit Panau adalah sejauh 7 hari 7 malam pada tahun 1400 Masihi.

Pemandangan dari atas Bukit Panau

Begitulah serba sedikit yang kami dedahkan memandang sudah banyak artikel berkisar hal ini telah diterbitkan.

Rumusan yang boleh dibuat adalah, British atau Inggeris sengaja memadamkan sejarah ini untuk diketahui oleh generasi seterusnya bagi mengelakkan kebangkitan semangat perjuangan dikalangan orang Melayu.

Bagaimanapun, kami di KPSK akan mengulas dengan lebih lanjut dengan gaya dan pemikiran kami yang tersendiri setelah memperoleh sumber yang mencukupi demi mendedahkan sejarah yang sebenar yang telah dipadamkan.

Sumber Rujukan :

  1. Blog Amirez
  2. Majlis Daerah Tanah Merah

Seputar@Tanah Merah


SEJARAH

KUNO

Berdasarkan Sejarah Melayu, Tanah Merah merupakan Ibu Kota bagi Kerajaan Melayu lama iaitu Chi Tu, mengikut rekod Kerajaan China Dinasti Sui.

Pada kurun ke-7, wujud satu penempatan dan pemerintahan berpusat Kerajaan Melayu lama iaitu Kerajaan Chi Tu (Bumi Merah) di satu kawasan yang mana pada hari dikenali sebagai Kelantan.

Bandar Tanah Merah mula berkemabnga apabila perahu-perahu yang lalu di sepanjang Sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah yang terletak di tebing Sungai Kelantan.

Lama kelamaan tumpuan orang ramai mula beralih ke satu kawasan yang berada 3 kilometer ke utara yang sekarang ini merupakan bandar tanah Merah. Bandar ini menjadi lebih majiu dengan wujudnya laluan keretapi dan seterusnya setesen keratapi.

–          Hal ini ada dicatatkan dalam buku The Peoples and Politics of The Far East (1895) tulisan Henry Norman.

MODEN

Pada awalnya, bandar Tanah Merah dan Jajahan Tanah Merah adalah sebahagian daripada Jajahan Pasir Mas.

Pada 2 Februari 1955, Jajahan Tanah Merah telah diwujudkan dengan Bandar Tanah Merah menjadi pusat pentadbiran. Bagi melincinkan pentadbiran Bandar Tanah Merah dan pekan-pekan di jajahan Tanah Merah, beberapa Penguatkuasa Tempatan diwujudkan di bawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan 1952

DEMOGRAFI

Populasi penduduk Tanah Merah pada 2005 adalah seramai 108,288 dengan Melayu majoriti penduduknya.

Tempat yang berhampiran ialah MachangJelatokSungai KusialKampung SatKampung Panjang, dan Kampung Joh.

Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara.

Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakauBukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat.

Jajahan Tanah Merah Merangkumi Tiga Daerah Penggawa, iaitu:

Manakala Daerah Penggawa Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah Pada Tahun 1982 apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaikkan taraf sebagai Jajahan penuh pada tahun 1986.

Jumlah mukim di Tanah Merah ialah 43.

Berikut adalah bandar utama di Tanah Merah

  • Bandar Tanah Merah (Pusat)
  • Bandar Bukit Bunga
  • Bandar Gual Ipoh
  • Bandar Kemahang
  • Bandar Manal

Tempat Menarik di Jajahan Tanah Merah

–          Pusat Membeli belah Bukit Bunga

–          Lata Hujan

–          Homestay Blok Ulu Kusial

–          Jambatan Guillemard