USTAZ ABDULLAH BIN MOHAMED (NAKULA)


PENGKAJI SEJARAH KELANTAN YANG TERKENAL

Ini adalah NAKULA yang sebenar. juga menjadi nama Pena buat Ustaz Abdullah bin Mohamed

BIODATA

Nama : Abdullah bin Mohamed
Nama Pena : Nakula
Tarikh Lahir : 1931
Tempat : Kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan

Pendidikan:

  1. Sekolah Rendah di Madrasah Muhammadiah anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK)
  2. Sekolah Menengah Arab Madrasah Jame’ Merbau
  3. Sekolah Menengah Arab Madrasatul-Islah, Kota Bharu
  4. Sekolah Menengah Muahad Al-Muhammadi, Kota Bharu

Kerjaya:

  1. Pada tahun 1956 beliau telah berkhidmat sebagai Guru Agama di Maktab Sultan Ismail
  2. 1962 hingga 1985 (mengikut Jurnal Warisan Kelantan IV) bertugas sebagai guru agama di sekolah rendah sekitar Kelantan.

Pengkaji Sejarah:

Semenjak dari kecil lagi beliau sangat gemar membaca dan kemudian menyelidik, mengkaji dan menulis. Beliau meminati pelbagai pelbagai bidang ilmu seperti agama Islam, sejarah, politik, astronomi, falsafah, ilmu jiwa dan budaya.

Disamping menulis beliau bergiat aktif dalam bidang penterjemahan dengan menterjemah sejumlah buku Bahasa Arab ke Bahasa Melayu yang berkaitan dengan ilmu-ilmu politik, falsafah, sejarah, jiwa, dan astronomi.

Beliau juga telah banyak menulis artikel dan esei mengenai agama Islam, politik, falsafah, sejarah, astronomi dan kebudayaan dan ianya telah disiarkan dalam majalah tempatan ketika itu seperti Majalah Pengasuh, Majalah Kelantan, dan Mastika. Hasil penulisan beliau juga telah disiarkan oleh akhbar tempatan yang popular waktu itu seperti Warta Negara, Utusan Melayu dan Utusan Zaman. Selain itu, penulisan beliau juga telah disiarkan dalam beberapa jurnal antaranya Jurnal Persatuan Sejarah Kelantan dan lain-lain lagi.

Dari tahun 1956 hingga 1985, beliau telah menerbitkan sebanyak 7 buah buku umum berkenaan dengan ekonomi, agama, astronomi dan falsafah, dan kira-kira 14 buah buku teks sekolah mengenai pengajian agama Islam dan Sejarah Islam.

Disamping itu, beliau telah menulis sebanyak 30 buah lagi buku dalam pelbagai bidang terutama sejarah, namun ia masih belum dicetak. Sehingga 1985 pada usia 54 tahun, beliau masih lagi aktif dengan pengkajian dan penulisan mengenai sejarah dan budaya Kelantan.

Berikut adalah antara buku-buku yang dihasilkan oleh Nakula.

Antara buku-buku yang dihasilkan oleh Nakula.

  1. Sejarah hidup Nabi Muhammad (s.a.w.) / oleh Abdullah bin Mohamed (Nakula), Publisher : Pustaka Dian, Year : 1959
  2. Islamic architecture – application in Malaysia : (Senibina Islam – aplikasi di Malaysia) / by Abdullah bin Mohamed (Nakula)
  3. Bentuk-bentuk bangunan masjid kunci memahami kebudayaan melayu / oleh Abdullah B. Mohamed (Nakula) Publisher : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan , Year : 1978
  4. Falsafah politik moden / oleh Abdullah bin Mohamed (Nakula) Publisher : Pustaka Dian Press , Year : 1959
  5. Sejarah hidup Nabi Muhammad (s.a.w.) / oleh Abdullah bin Mohammad (Nakula) Publisher : Pustaka Dian Press ,Year : 1959
  6. Pengantar kepada hukum-hukum Islam / oleh Abdullah bin Mohamed (Nakula) Publisher : Pustaka Dian Press , Year : 1959
  7. Sejarah Islam : mengandungi riwayat hidup Muhammad (s.a.w.) oleh Abdullah bin Mohamed (Nakula) Publisher : Pustaka Aman Press ,Year : 1960
  8. Sejarah Islam / oleh Abdullah bin Mohamed (Nakula) Publisher : Pustaka Dian Press , Year : 1960
  9. Meninjau ke langit : Peeps at the heavens / oleh Abdullah bin Mohamed (Nakula) Publisher : Pustaka Dian Press , Year : 1958
  10. Pelajaran agama : ilmu fekah / oleh Abdullah Mouhamed (Nakula), Publisher : Pustaka Aman Press.,
  11. Falsafah dan pemikiran orang-orang melayu : hubungan dengan Islam dan kesenian / oleh Abdullah Bin Mohamed (Nakula) Publisher : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  12. Bentuk-bentuk bangunan masjid sebagai kunci untuk memahami kebudayaan Melayu / Abdullah b. Mohamed (Nakula) Year : 1900 (ibid)
  13. Konsep ketuhanan dalam konteks hubungannya dengan alam, manusia, masyarakat dan perubahan sejarah / Abdullah bin Mohamed (Nakula) Publisher : Universiti Sains Malaysia,Year : 1981
  14. Pelajaran agama / oleh Abdullah bin Mohamed (Nakula) Publisher : Pustaka Dian Press , Year : 1959
  15. Bentuk-bentuk bangunan masjid : kunci memahami kebudayaan Melayu / oleh Abdullah bin Mohamed (Nakula) Publisher : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Year : 1978
  16. Keturunan raja-raja Kelantan dan peristiwa-peristiwa bersejarah / Abdullah b. Mohamed (Nakula) Publisher : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,Year : 1981
  17. al-Risalah al- Laduniah = risalah ilmu laduni / oleh Abu Hamid Muhammad al-Ghazzali ; diterjemah, diberikan pendahuluan dan di anotasikan oleh Abdullah bin Mohamed (Nakula) Publisher : Pustaka Aman Press.,

Sumber:

  1. Warisan Kelantan IV
  2. Perpustakaan Negara Malaysia

2 responses

  1. mohd zaki bin mahmud | Reply

    Salam ingin ustaz Abdullah telah meninggal dunia bila?

    1. mohd zaki bin mahmud | Reply

      Salam berminat juga tentang ketokohan nakula ini terutama falsafah pemikiran beliu begitu tinggi hebat ilmu ketuhanan betul ke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: