STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV


Pemandangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan

PADANG TERTUA DI MALAYSIA

Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan merupakan padang bola sepak tertua di Malaysia dan mungkin tertua di benua Asia kalau mengikut usia penggunaan padang tersebut.

Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mula digunakan pada tahun 1946 iaitu setelah penubuhan Kelantan Amatur Football Association “KAFA” pada tahun yang sama. Ketika itu dikenali sebagai Padang KAFA dan digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak antara Pasukan Kelantan setiap kali beraksi.

Pada tahun 1965, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk membina sebuah stadium bagi kegunaan Pasukan Kelantan beraksi dalam suasana yang selesa dan juga untuk golongan belia dan orang ramai untuk beriadah dan bersukan.

Pembinaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menelan belanja sekitar RM 1.7 Juta ketika itu. Selepas terbinanya stadium ini, padang KAFA ditukar nama kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV seterusnya menjadi “Gelanggang Keramat” buat Pasukan Kelantan FA beraksi dalam pentas bola sepak negara sehingga sekarang.

 

KAPASITI

Stadium ini boleh menampung penonton seramai 30,000 dalam satu-satu masa. Dalam saingan Liga Super musim 2008-2009 menyaksikan jumlah penonton yang hadir memberi sokongan mencecah puluhan ribu sehingga memenuhi setiap sudut dan ruang di stadium ini. Pasukan Kelantan tidak pernah kalah kepada pasukan lawan setiap kali perlawanan yang diadakan disini, cuma hanya tewas sekali kepada Terengganu dalam saingan Piala Malaysia musim 2008.

SCOREBOARD ELEKTRONIK

Score Board Stadium Sultan Muhammad IV yang baru

Papan markah elektronik yang dipasang di stadium ini digunakan pertama kali semasa perlawanan antarabangsa peringkat Suku Akhir Piala AFC menentang kelab Iraq, Arbil SC. Papan markah yang bernilai RM2.3 juta itu adalah sumbangan Jabatan Perdana Menteri selaras janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kemajuan bola sepak Kelantan.

Papan markah yang menggunakan teknologi terkini yang diimport dari Jepun ini adalah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malah ia lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.

STADIUM BARU

Bagi memenuhi keperluan yang terdesak pada masa kini, Persatuan Bola Sepak Amatur Kelatan (KAFA) telah mengumumkan perlunya sebuah stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang telah uzur dan tidak mempunyai kemudahan asas moden. Justeru itu pihak KAFA telah mengemukakan satu permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan dana kewangan untuk membina sebuah stadium baru yang mungkin dibina di Mukim Gading Galoh Jajahan Machang.

Stadium yang akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh

Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri Kelantan turut mengemukakan permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk membina sebuah kompleks sukan di Bandar Baru Tunjung Jajahan Kota Bharu. Jika kedua-duanya mendapat kelulusan pihak unit perancangan ekonomi negara, Negeri Kelantan bakal memiliki tiga buah stadium pada masa yang akan datang.

2 responses

  1. Pembetulan…. pihak Kerajaan Negeri Kelantan yg mengusulkan pmbinaan kompleks sukan di bukit merbau. manakala Tan Sri Annuar Musa dan KAFA yg mngusahakan untuk membina sebuah kompleks sukan di Bandar Baru Tunjung Jajahan Kota Bharu. dan mngikut sumber, pihak kerajaan negeri telah memulakan kompleks sukan di bukit merbau pada mac 2012.

    http://perigitimur.blogspot.co.nz/2012/05/biar-betul-kompleks-sukan-dan-stadium.html

    1. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan | Reply

      Kita terima teguran awedonde. Apa pun, semoga Dua Stadium ini menjadi realiti. Kalau ada 2 stadium harap lepas ni ada pula sebuah lagi pasukan dari negeri Kelantan. Semoga Kelantan terus maju dalam segenap lapangan.

Leave a comment